Isnin, Januari 18, 2010

Persiapan Terakhir Menjelang Minggu Ta'aruf

Persiapan Sempena Majlis Pendaftaran Pelajar-Pelajar Pra-U I
18hb Januari 2010M
Isnin
.
Kurang dari 24 jam, SMALHB akan menerima keluarga baru berjumlah 150 orang penuntut-penuntut Pra-U I dengan sistem pembelajaran yang baru yang lebih efisien. Hari ini, warga SMALHB bertungkus-lumus menyiapkan persiapan terakhir sebelum menjelangnya hari pendaftaran pada esok pagi dan bermulalah Minggu Ta'aruf dan Silaturrahim selama 3 hari sehingga 21hb Januari 2010M.
.
.
Para penuntut Tingkatan 6 Atas sama-sama turun padang membantu pihak pentadbiran dari segi kelengkapan, persembahan mahupun kebersihan kawasan sekolah. Para Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Penuntut juga mengerah idea-idea dan tenaga bagi menjayakan beberapa program sepanjang 3 hari majlis ini bermula esok hari.
.


.
Latihan bagi acara dewan bermula jam 11 pagi dan disambung pada sebelah petang
.

Tiada ulasan: