Khamis, November 19, 2009

SMALHB Johan Pidato 2 Kali Berturut-Turut

Pertandingan Pidato Dan Bercerita Bahasa Arab
Sekolah-Sekolah Arab Brunei Darussalam
18hb November 2009M - Rabu
Tempat : Dewan Besar SUAMP RIPAD
.
SMALHB membawa pulang piala rebutan dalam kategori B Peraduan Pidato Bahasa Arab untuk kali kedua berturut-turut sejak pertandingan ini diperkenalkan pada 2 tahun lepas. Wakil SMALHB, Dyg Nor'ain binti Awg Hj Othman muncul johan dan Mohd Habzillah bin Haji Abd Wahab meraih tempat ketiga. Manakala wakil dari SUAMP RIPAD, Hamizah binti Haji Mintir mendapat tempat kedua dalam kategori B ini (menengah atas)
.
.
Pertandingan anjuran Jabatan Pengajian Islam ini juga buat julung-julung kalinya memperkenalkan satu lagi pertandingan mencungkil bakat-bakat penuntut di sekolah-sekolah persediaan arab berani tampil di khalayak ramai iaitu Pertandingan Bercerita Dalam Bahasa Arab. Ini antara yang disentuh di dalam ucapan pengerusi majlis, Ustazah Hajah Rusita binti Haji Yahya. Hadir menjadi tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia, Ustaz Haji Harun bin Haji Juned, Setiausaha Majlis Ugama Islam, KHEU.
.
.
Dengan mempertaruhkan pidato arab bertajuk " Kelahiran Muhammad sebagai ikutan sepanjang zaman " membawa tuah kepada Dyg Nor'ain apabila para juri menobatkan beliau sebagai juara kategori B. Manakala Mohd Habzillah membawakan tajuk " Isra' dan Mikraj serta Bagaimana penerimaan manusia terhadap berita ini " berjaya di tempat ketiga.
.

.
Setiap pemenang menerima hadiah berupa wang tunai, piala iringan, sijil dan piala rebutan (bagi juara setiap kategori)
.

.
Tahniah diucapkan kepada wakil-wakil SMALHB dan guru-guru pembimbing di atas kejayaan besar ini. Semoga SMALHB akan terus cemerlang di masa-masa akan datang dengan hasil yang lebih membanggakan~

Tiada ulasan: