Ahad, November 01, 2009

Pertandingan Mendeklamasikan Sajak Patriotik - Peringkat Akhir

Pertandingan Deklamasi Sajak Patriotik Secara Berkumpulan
Dewan Persidangan Pusat Dakwah Islamiah
Berakas
31hb Oktober 2009M - Sabtu
8.30 malam
.
SMALHB menghantar satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai "AR-RUFAQAA" bererti "Sahabat" ke Pertandingan Akhir Deklamasi Sajak Patriotik Secara Berkumpulan sempena Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Brunei Darussalam dalam kategori B dengan sajak bertajuk "Bangsa Mandiri" hasil nukilan Syukri Zain.
.
.
Hadir menyaksikan pertandingan tersebut dan juga tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin. Beliau juga berkesudiaan menyampaikan persembahan berupa sajak karangan beliau sendiri di satu segmen khas.
.
.
Seramai 6 pasukan bertanding dalam kategori A (bagi penuntut-penuntut sekolah menengah) dan 6 pasukan lagi bersaing dalam kategori B (bagi penuntut-penuntut Pusat Tingkatan Enam, Institut Pengajian Tinggi dan Persatuan-Persatuan Belia & Masjid).
.

.
Di samping bertujuan untuk memeriahkan sambutan Jubli Perak 25 tahun Hari Kebangsaan negara, pertandingan ini juga berhasrat untuk meningkatkan lagi semangat patriotisme dalam jiwa dan sebagai sarana dakwah khususnya para remaja dan belia Islam di negara kita.
.




.
Walaupun pasukan "AR-RUFAQAA" hanya berjaya menduduki tempat keempat dalam pertandingan namun semangat dan persembahan yang dipamerkan adalah baik dan memberi saingan kepada pasukan-pasukan yang lain. "AR-RUFAQAA" pulang dengan trofi, sijil dan saguhati berupa wang sebanyak $200 Ringgit Brunei.
.
.
Pemenang bagi kategori A :
Johan : STPRI
Kedua : Sekolah Menengah Masin
Ketiga : Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan
.
Pemenang bagi Kategori B :
Johan : Maktab Teknik Jefri Bolkiah
Kedua : UNISSA
Ketiga : Pasukan Belia Masjid Al-Muhtadee Billah

Tiada ulasan: