Khamis, November 26, 2009

Penyampaian Hadiah Penuntut-Penuntut Cemerlang

Majlis Penyampaian Hadiah Penuntut-Penuntut Cemerlang
Tingkatan 6 Bawah 2009M
dan
Meraikan Guru-Guru Berpindah dan Tamat Perkhidmatan
25hb November 2009M - Rabu
Dewan Besar SMALHB
.
Sebagai penutup tirai persekolahan penggal keempat bagi sesi akademik 2009M, SMALHB meraikan kejayaan-kejayaan penuntut-penuntut yang cemerlang di dalam peperiksaan akhir tahun lalu. Hadir menjadi tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Pengarah Jabatan Pengajian Islam, Yang Mulia Ustazah Hajah Fatimah binti Haji Abd Ghani.
.
.
Majlis diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Ahmad Zulwaqar bin Suhaili dan nasyid " At-Talabah As-Syarifah " dari penuntut-penuntut perempuan di awal segmen.
.
.
Antara kategori hadiah yang sudi disampaikan oleh tetamu kehormat ialah 21 orang pelajar cemerlang dalam kelas, 25 orang penerima hadiah matapelajaran terbaik dan hadiah-hadiah galakan di dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.
.

.
3 kategori hadiah utama di majlis tersebut ialah Kategori Pelajar Terbaik Ko-Kurikulum 2009M yang disandang oleh Ahmad Zulwaqar bin Suhaili di atas kejayaan beliau di dalam dan di luar sekolah melalui aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.
.
.
Manakala Diyanah binti Haji Awang Mohd Norsah dinobatkan sebagai Penerima Hadiah Pelajar Terbaik Akademik 2009M di atas kejayaan berganda akademik beliau sepanjang peperiksaan 2009M.
.
.
SMALHB sepakat menobatkan Dyg NorSyaheerah binti Mohammad sebagai penerima hadiah Pelajar Cemerlang Akademik dan Ko-Kurikulum 2009M. Selain cemerlang di dalam peperiksaan dengan mencapai peratus lebih dari 90 peratus, pelajar ini juga aktif dalam mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum.
.
.
Segmen kedua majlis ialah meraikan beberapa orang guru dan pegawai yang berpindah tugas dan menamatkan kontrak dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Segmen dimulakan dengan persembahan lagu " Selamat Tinggal Guru " dari penuntut-penuntut lelaki.
.
.
Cikgu Mohd Ayub Ismail yang telah berkhidmat di SMALHB sejak tahun 70-an banyak membantu pihak SMALHB melahirkan pelajar-pelajar berkualiti terutama dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.
.
.
Cikgu Sheikh Saleem, guru matapelajaran Chemistry juga menamatkan perkhidmatan beliau di Brunei Darussalam dan pulang ke negara asal beliau. Seorang lagi pegawai iaitu Ustaz Abdullah bin Haji Mohammad yang merupakan Timbalan Pengetua Akademik berpindah tempat tugas ke pejabat Pengajian Islam di Daerah Belait.
.
.
Sebelum majlis menutup tirainya, satu kejutan dari penuntut-penuntut dan guru-guru SMALHB buat Pemangku Pengetua SMALHB yang menyambut hari jadi beliau diraikan dalam suasana yang meriah dengan lagu hari jadi, sebiji kek dan beberapa hadiah kenangan. Semoga Ketua Pentadbir yang disayangi SMALHB ini akan terus sihat wal-afiat, murah rezeki dan terus menyumbangkan demi kemajuan SMALHB.
.
.
Sebelum menikmati jamuan, Tetamu Kehormat Majlis dibawa melihat pameran fotografi dari koleksi-koleksi para pelajar dan jurufoto jemputan dari Persatuan Juru Foto Brunei Darussalam.
.

Tiada ulasan: