Ahad, Julai 05, 2009

Wakil SMALHB ke Peringkat Akhir Tilawah Al-Quran Belia Kebangsaan

Musabaqah Tilawah Al-Quran Belia Kebangsaan - Separuh Akhir
3hb - 4hb Julai 2009M
Keputusan : 5hb Julai 2009M
Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.
.
Musabaqah Tilawah Al-Quran Belia Kebangsaan yang bertujuan untuk mempertingkatkan mutu pembacaan al-Quran di kalangan belia dan menyemai persahabatan melalui program keagamaan ini disertai oleh 36 peserta yang terdiri daripada 17 qari dan 19 qariah dari ke empat buah daerah yang berumur antara 17 hingga 22 tahun.
.
Wakil SMALHB memperdengarkan bacaannya dan berjaya ke Peringkat Akhir.
.
.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah Belia dan Sukan, Yang Mulia Haji Mohammad Penglima Asgar bin Dato Paduka Haji Abdullah yang juga menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para peserta.
.
.
4 peserta qari yang terpilih ke peringkat akhir selepas memperdengarkan bacaan masing-masing di peringkat separuh akhir musabaqah itu ialah :-
1) Ak Md Amirul Aiman Pg Haji Marjuki
2) Hazwan Haji Salim
3) Ahmad Zulwaqar Suhaili (SMALHB)
4) Mohd Asri Haji Timbang
.
Manakala 4 peserta qariah pula ialah :-
1) Maizatun Nadzeerah Haji Mohd Daud
2) Norhafshah Pehin Khatib Haji Mustafa
3) Siti Syairah Haji Salim
4) Nor Azriah Haji Abd Aziz
.
.
Johan qari dan qariah musabaqah peringkat akhir ini nanti akan mewakili negara ke Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara kali ke empat yang akan diadakan nanti dengan Brunei Darussalam sekali lagi menjadi tuan rumah.
.
Tahniah diucapkan wakil dari SMALHB kerana berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dan mudah-mudahan dapat sekali lagi mengharumkan nama SMALHB di mata masyarakat.
.





Tiada ulasan: