Ahad, Julai 05, 2009

Kongsi-sama Maklumat Bersama Maktab Duli

Lawatan Kerja Ke Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah
4hb Julai 2009M - Sabtu
10.30 pagi
.

Satu lawatan kerja diketuai oleh Timbalan Pengetua Akademik SMALHB, Ustaz Haji Abdullah bin Haji Mohammad dan rombongan yang terdiri dari 2 Guru Kanan Akademik, Ustazah Dk Hajah Radiah Pg Haji Md Tahir dan Ustazah Hajah Rafidah Haji Masri serta seorang guru matematik, Cikgu Haji Mohd Sofian Haji Kassim bertujuan meninjau keberkesanan cara sistem pembelajaran yang ada di maktab tersebut untuk dikongsi-sama.

.
Rombongan SMALHB disambut oleh Pemangku Timbalan Pengetua Pentadbiran maktab tersebut dan Timbalan Pengetua Akademik, Cikgu Juliana Lim serta 2 pegawai dari bahagian Database. Di sini, rombongan diberi penerangan tentang syarat-syarat kemasukan ke maktab berkenaan, matapelajaran-matapelajaran yang ditawarkan dan cara penyusunan jadual pembelajaran pelajar dan guru.
.

.
Selain bertukar-tukar pendapat dan maklumat, rombongan juga dibawa melawat ke Unit Pendidikan Tinggi (Higher Education Unit) iaitu bahagian yang bertanggungjawab untuk memberikan bantuan kepada pelajar dalam memilih matapelajaran sesuai untuk kerjaya mereka di masa hadapan.
.
.
Pihak SMALHB tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Maktab Duli sepanjang lawatan dan maklumat yang sangat berguna kepada rombongan khasnya serta pihak sekolah amnya.


Tiada ulasan: