Rabu, Julai 29, 2009

Sebelum Menempuhi Peperiksaan STPUB....

Sembahyang Hajat Sebelum Menempuhi Peperiksaan STPUB 09M & Terhindar Dari Segala Penyakit
Jame 'Asr Hassanal Bolkiah, Kg. Kiarong
Semua Warga SMALHB & Ibu Bapa Penuntut
23hb Julai 2009M - Khamis
Pagi
.
Sebagai salah satu usaha sebelum menempuhi peperiksaan STPUB pada tahun ini, SMALHB di bawah kelolaan Hal Ehwal Pelajar mengadakan Sembahyang Hajat memohon agar semua pelajar calon STPUB tahun ini memperolehi keputusan yang membanggakan dan lulus cemerlang.
.

.
Para guru dan sebahagian pelajar yang membantu melicinkan majlis berkebajikan ini
.
.
.
" Temperature kena check jua sebelum masuk ruang utama Jame...thank you for the co-operations~ "
.
.
.
Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran para ibu bapa / penjaga penuntut Tingkatan 6 Atas dan beberapa pegawai dari JPI.
.
.
.
.
Selesai menunaikan Sembahyang Hajat, sidang jemaah sama-sama membaca zikir tolak bala memohon agar negara kita amnya terpelihara dari segala keburukan, malapetaka, penyakit dan sebagainya.
.
.
Pemangku Pengarah JPI turut hadir pada pagi tersebut bersama-sama para ibu bapa dan warga SMALHB.
.
.
Acara diteruskan lagi dengan satu ceramah motivasi yang disampaikan oleh Penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiyyah, Yang Mulia Drs. Haji Ismuhadi bin Abdullah.
.
.
.
.
.
.
.
.
Selepas sedikit jamuan dan ibu bapa / penjaga beredar pulang, SMALHB meneruskan acaranya dengan membaca Al-Quran 30 juz mengikut pembahagian yang telah ditetapkan.
.
.
.
.
.
.
.
.
Majlis selesai sekitar jam 11 pagi dan para pelajar balik ke SMALHB dengan perkhidmatan bas / van yang disediakan.

Tiada ulasan: