Isnin, Julai 20, 2009

Kedewasaan Bernegara Dengan Zikir

Sambutan Memperingati Isra' Mikraj Peringkat Negara 1430H / 2009M
Jame 'Asr Hassanal Bolkiah, Kg. Kiarong
19hb Julai 2009M - Ahad
.
30 orang pelajar SMALHB bersama 2 orang guru pengawas adalah di antara jemaah yang diundang sama-sama memeriahkan Sambutan Isra' Mikraj Peringkat Negara pada tahun ini.
.
. .
.
.
KDYMM dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat ke majlis ini dan dijunjung untuk bersama-sama menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat berjemaah dan bersama-sama membaca Zikir-Zikir Tolak Bala.
.

.
.
KDYMM beserta Kerabat Diraja dan juga para jemputan menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah bagi memohon agar Negara Brunei Darussalam beroleh kemakmuran dan kesejahteraan serta terhindar dari bala bencana terutamanya wabak Influenza A H1N1.
.
Selepas itu bacaan Zikir-Zikir Tolak Bala telah dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin.
.
.
Majlis diteruskan dengan Sembah Alu-Aluan oleh Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Md Zain bin Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1430 Hijrah.
.

.
Seterusnya KDYMM dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyempurnakan penganugerahan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang "Anugerah Sekolah Ugama Tauladan Tahun 1430 HIjrah".
.
.
Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isya' berjemaah yang diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim.
.
" Pandai bisdurang ani memanfaatkan waktu & lokasi lawa.. "
.
.
" Ada apa di awan biru ? "
.
.
.
Senarai pemenang kategori-kategori :-
.
A. Kategori Pentadbiran : Sek. U. PAP Amal Umi Kalthum Al-Islam, Mulaut
.
B. Kategori Akademik : Sek. U. Tumpuan Telisai, Tutong
.
C. Kategori Kegiatan : Sek. U. Penanjong, Tutong
.
D. Kategori Terbaik Keseluruhan : Tiada pemenang.
.

Tiada ulasan: