Isnin, Julai 06, 2009

Penggal Persekolahan Ketiga & Pemeriksaan Suhu Badan

Permulaan Sesi Persekolahan Penggal Ketiga
6hb Julai 2009M
Isnin
.
Demi mengelakkan wabak influenza H1N1 dari terus menular di kalangan pelajar, di hari pertama bermulanya sesi penggal persekolahan ketiga, SMALHB dengan kerjasama para pegawai dan guru sama-sama membantu memantau dengan memeriksa suhu badan semua pelajar sebelum masuk ke kelas masing-masing.
.
.
Guru-guru kelas setiap pagi akan mencatat suhu badan para pelajar dan diberikan pelekat sebelum masuk ke dalam kelas. Pemeriksaan suhu badan ini berjalan lancar sepanjang minggu pertama dan kedua persekolahan hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan.
.
.
.
.
Sekitar jam 8 pagi, semua warga lelaki SMALHB menunaikan sembahyang hajat, membaca Yassin, Rattib Al-Attas dan doa memohon perlindungan dari segala musibah, bala bencana, penyakit dan kesulitan.
.
.
.
.
.
.
.
Sementara warga perempuan SMALHB pula berkumpul di Makmal Komputer 1 bagi sama-sama membaca Yassin, Rattib Al-Attas dan doa.
.
.
.
Bermula dari 6hb Julai hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan, waktu belajar adalah diubah menjadi 40 minit satu period. Para warga SMALHB juga dinasihatkan agar megamalkan cara hidup yang sihat di samping menjaga kebersihan sepanjang masa supaya penyakit ini dapat dicegah.
.


Tiada ulasan: