Jumaat, Julai 31, 2009

Persembahan Hadrah Sempena Ekspo Produk Halal

Perasmian Ekspo Produk Halal Antarabangsa kali ke 4
ICC - Berakas
30hb Julai 2009M - Khamis
.
Keberangkatan tiba KDYMM beserta kerabat diRaja dijunjung Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Pehin Dato Seri Setia Haji Yahya Haji Bakar, Menteri Kesihatan, Pehin Dato Seri Setia Haji Suyoi Haji Osman dan Menteri Hal Ehwal Ugama Pehin Dato Seri Dr Haji Mohd Zain Haji Serudin berserta pembesar negara lain.
.




.
Kumpulan hadrah SMALHB sekali lagi telah diundang untuk mengadakan persembahan mengalu-alukan keberangkatan KDYMM ke majlis tersebut.
.







.
Selepas berkenan merasmikan Ekspo Produk Halal Antarabangsa kali keempat itu, Baginda Sultan dijunjung berangkat melawat petak-petak niaga dan pameran di tapak pameran itu.
.
Sementara itu Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dalam kenyataan sempena majlis pelancaran itu mengumumkan dua produk pertama yang membawa jenama Brunei Halal iaitu Keropok Udang Marimin Sdn Bhd dan Jus Oren dari Healthson Corporation Sdn Bhd

.









.
Ekspo Produk Halal Antarabangsa kali keempat pada tahun ini disertai 135 syarikat dengan 88 darinya terdiri dari syarikat tempatan.
.









.
" Bab makan bisdurang ani memang power & ligat... "
.

Khamis, Julai 30, 2009

Taklimat Peperiksaan STPUB

Taklimat Peperiksaan STPUB '09M
Jabatan Peperiksaan KHEUB
Dewan SMALHB
27hb Julai 2009M-Isnin
.
Satu taklimat berhubung dengan Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) berlangsung diungkayahkan oleh Jabatan Peperiksaan Bersijil, Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei. Beberapa garis pandu dan format telah disampaikan oleh Setiausaha Lembaga Peperiksaan Bersijil, Yang Mulia Ustazah Hajah Hajijah binti Haji Moktal.
.
.
.
Di kesempatan ini, para pelajar diberi peluang untuk mengemukakan permasalahan terhadap beberapa perkara berhubung format peperiksaan untuk dikongsi-sama bersama rakan-rakan lain. Taklimat selesai kira-kira pukul 12 tengahari.
.
.


Sebagai Pemangkin Semangat..

Penghargaan Kepada Pelajar-Pelajar Cemerlang Dalam Peperiksaan Kelayakan STPUB 09M
27hb Julai 2009M - Isnin
Dewan SMALHB
.
Sebagai pemangkin semangat dan suntikan motivasi kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas, satu majlis meraikan pelajar-pelajar yang berjaya memperolehi keputusan "MUMTAZ" dalam Peperiksaan Kelayakan STPUB lalu telah diadakan.
.

Puan Pengetua berkesudian menyampaikan penghargaan berupa hadiah galakan kepada 11 orang pelajar yang telah memperolehi kejayaan cemerlang / terbaik di samping terus mengingatkan penuntut-penuntut terus membuat ulangkaji serta berharap mudah-mudahan pada tahun ini, SMALHB akan mencapai 100% keputusan lulus. Amin..

.

.
.
.
.
.
.







Gambar-Gambar Sepanjang Latihan Di Kg. Wasan

Latihan Mengalu-alukan Keberangkatan KDYMM Merasmikan Mengetam Padi "Laila"
Kg. Wasan, Brunei Muara
Kem. Perindustrian & Sumber-Sumber Utama
25hb Julai 2009M - Sabtu
.

.
.
.
.
Dengan adanya padi "Laila" ini dapat lagi membantu menjana ekonomi negara
.
.
Menteri Perindustrian Dan Sumber-Sumber Utama semasa meninjau persiapan yang dibuat.
.
.
.
.
" Kreatif budak-budak ani...ani aksi menahan panas dan lapar..apa-apapun bisdurang ani bijak menjaga disiplin dan komitmen sepanjang latihan di bawah terik matahari.. "
.
.