Jumaat, Mei 15, 2009

Perkumpulan Pagi Persembahan Persembahan Usuluddin Rummani

Perkumpulan Pagi Persembahan Usuluddin Rummani
14hb Mei 2009M-Khamis
Dewan Besar SMALHB
.
Perkumpulan pagi sebelum menjelang peperiksaan setengah tahun dan peperiksaan kelayakan ini menampilkan bakat-bakat dari 6 bawah Usuluddin Rummani. Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara hafalan dipimpin oleh Ak. Hafizul hanif, Abdul Baar dan Abdul Azim. Manakala pembaca-pembaca perempuan terdiri dari Irnie Nurhazwani, Nur Seriwanie dan Hazimah.
.
.
Selepas nyanyian Lagu Kebangsaan dan Lagu Rasmi Sekolah, Khutbah disampaikan oleh NurAqilah yang menyentuh tentang tajuk "Syaitan dan keburukan-keburukannya".
.
.
Manakala Khutbah Bahasa Inggeris yang membahaskan tajuk yang sama disampaikan oleh Nur Athirah.
.
.
Dewan SMALHB gamat dengan drama Bahasa Arab dan Inggeris yang dibawakan oleh pelajar-pelajar Usuluddin Rummani. Ia mengupas tentang kepercayaan terhadap sihir dan azimat yang digunakan pelajar-pelajar yang malas belajar sebelum peperiksaan.
.
.
"Hal Anti sahirah au Mak Lampir?" antara petikan dialog yang menggamatkan suasana dewan dengan gelak ketawa.
.
.
"Basar azimat wang Pijul sama wang Syakir atu?"
.
.
"Peperiksaan berjalan. Wang Pijul dan gang membawa azimat mak lampir ke meja periksa supaya lulus exam...isykk..isyykk...isyykk..."
.



.
Warga SMALHB terhibur dengan drama ini yang banyak memberi mesej berguna. Antaranya, berusahalah sedari awal supaya dapat keputusan yang cemerlang dan jangan mempercayai sihir atau kuasa selain dari Allah SWT untuk meminta pertolongan serta amalan sihir, bomoh yang menggunakan selain dari ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa Al-Muttaqin adalah salah di sisi Islam.
.
.
Tahniah diucapkan kepada warga Rummani dengan menyajikan persembahan yang cukup menarik dan penuh dengan pengajaran berguna. Perkumpulan pagi diakhiri dengan bacaan doa oleh Md. Ariffin bin Abdul Kahar.

Sabtu, Mei 09, 2009

Pengumuman 8 finalis Pertandingan Tausyeh 2009M

Pertandingan Tausyeh Separuh Akhir
Studio A, RTB
8hb Mei 2009M
8.00 malam
.
Seramai 14 buah pasukan terdiri dari 7 kumpulan lelaki dan 7 kumpulan perempuan bertanding di separuh akhir Pertandingan Tausyeh untuk memilih 4 kumpulan terbaik dari setiap kategori. SMALHB mempertaruhkan 2 kumpulan iaitu Al-Abqariyyun dan Nurul Imtiaz (bertanding di atas nama sekolah) dan 2 kumpulan dari pelajar-pelajar Tingkatan 6 Bawah dan Atas (bertanding di atas nama persatuan) yang bertempat di studio A, RTB di ibu negara.
.
.
Kumpulan Nurul Imtiaz diketuai oleh Norhanani binti Haji Abd Wahab (tengah)membawakan tausyeh berjudul "Satunsorun"
.
.
Pasukan Al-Abqariyyun diketuai oleh Ahmad Zulwaqar bin Suhaili (tengah) mempertaruhkan tausyeh bertajuk "Dawini" sebelum membuat persembahan.
.
.
Lu'lu' Munawwar antara kumpulan yang mara ke peringkat akhir.
.
.
Kumpulan dari Ma'Had Islam Brunei yang menggelarkan diri mereka sebagai "Syababul Ma'Had" juga berjaya menambat hati juri ke pusingan akhir nanti.
.

.
Badi'atul Jama'ah adalah antara kumpulan yang menarik perhatian juri juga berjaya melangkah ke pertandingan akhir.
.
.
Setelah dinilai oleh para juri, seramai 4 kumpulan lelaki dan 4 kumpulan perempuan berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir yang akan diadakan pada 22hb Mei ini, jam 8.00 malam. Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Al-Abqariyyun dan Badi'atul Jama'ah (bertanding di atas nama persatuan) yang berjaya mara ke peringkat akhir.
.
.
Bergambar kenang-kenangan bersama Al-Abqariyyun dan Badia'tul Jama'ah.


2 Pasukan Hadrah SMALHB Sandang Naib Johan

Pertandingan Akhir Hadrah
Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Senegara Kali ke 27
Tuan Rumah : SMPDSM, Mentiri
7hb Mei 2009M - Khamis
.
Pertandingan projek tahunan yang bertujuan untuk menerapkan, menggembangkan dan memupuk pengetahuan, kemahiran serta kreativiti dalam permainan hadrah di kalangan pelajar-pelajar Brunei telah menemukan 8 pasukan melalui peringkat saringan yang lalu dan 2 pasukan dari tuan rumah di Pertandingan Akhir Hadrah baru-baru ini.

.
Pasukan SMALHB terdiri dari 2 pasukan (lelaki dan perempuan) berjaya menempatkan tiket di pertandingan akhir ini diwakili oleh pelajar-pelajar Tingkatan Enam Bawah.





.
Tetamu Kehormat pada hari tersebut ialah Yang Mulia Awang Hai Mohd Zin bin Haji Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan.
.
.
"Final Check" Sebelum masuk membuat persembahan.
.
.
Turut ke peringkat akhir ialah pasukan dari Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Lambak Kanan.
.
.
Pasukan dari Sekolah Menengah Masin setelah membuat persembahan sebagai pasukan pertama.
.
.
Pasukan lelaki SMALHB membawakan lagu wajib "Ya Rabbi Salli" dan lagu gubahan "Bekalan Dunia Akhirat" berentak lagu Yadan Yadan.
.




.
Manakala pasukan kedua SMALHB terdiri dari pelajar-pelajar perempuan mempertaruhkan lagu "Allahu Allah" sebagai lagu wajib dan "Suara Dari Kalbu" berirama lagu Air Pasang sebagai lagu pilihan.
.



.
Turut menjadi kebanggaan SMALHB, sekolah jiran SMALHB yang merupakan sekolah arab bernaung sama-sama di bawah satu jabatan ialah SUAMP RIPAD juga turut bertanding untuk pertama kalinya mempamerkan mutu persembahan yang cemerlang.
.
.
Pasukan Sekolah Menengah Menglait antara pasukan perempuan yang bertanding.
.
.
Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan turut mempamerkan persembahan yang menarik.
.
.
Seperti yang telah diduga, pasukan jiran kita iaitu SUAMP RIPAD muncul juara bagi pasukan perempuan dengan memperolehi markah 82.1%.
.
.
Dengan mata 81.2%, Pasukan perempuan SMALHB menyandang naib johan.
.
.
Manakala Sekolah dari Tuan Rumah mendapat tempat ketiga dengan markah 80.8%.
.
.
Johan bagi kategori lelaki disandang oleh pasukan dari Tuan Rumah dengan markah 83.4% sekaligus merangkul kejuaraan 3 tahun berturut-turut dalam pertandingan ini.
.
.
SMALHB menyandang naib johan bagi kategori lelaki dengan markah 79.8%.
.

.
Dengan markah 74.6%, Maktab SOAS meraih tempat ketiga bagi kategori lelaki.
.
.
Tahniah diucapkan dari SMALHB kepada kedua-dua pasukan SMALHB yang mempamerkan permainan dan disiplin yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung. Semoga SMALHB akan terus cemerlang di masa-masa akan datang dalam memartabatkan budaya melayu melalui seni permainan hadrah.

jerayawara MINDEF

Jerayawara Biasiswa Kementerian Pertahanan
7hb Mei 2009M-Khamis
Dewan Besar SMALHB

.

.
SMALHB dengan kerjasama Kementerian Pertahanan, ABDB menganjurkan jerayawara selama satu hari bertempat di dewan besar SMALHB dan dihadiri oleh penuntut-penuntut menengah enam sekolah tersebut. Selain itu, pihak SMALHB juga turut mengundang Ma'had Islam Brunei dan SUAMP RIPAD bagi sama-sama mendengarkan taklimat tersebut.
.

.
Jerayawara yang turut dihadiri pemangku pengetua SMALHB ini menyaksikan beberapa penerima biasiswa Kementerian Pertahanan memberi penerangan serta berkongsi pengalaman mereka sebagai penerima biasiswa. Pada tahun 2007M dan 2008M yang lalu seramai 13 orang pelajar SMALHB telah mendapat biasiswa menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda pelbagai jurusan ke luar negara dari Kementerian Pertahanan.
.
.
Jerayawara ini bermatlamat untuk memberi galakan kepada pelajar supaya berusaha lebih gigih dalam pelajaran mereka untuk mendapat keputusan cemerlang dan berpeluang untuk mendapatkan biasiswa yang ditawarkan.
.
.
Di samping itu, jerayawara berkenaan juga diharap dapat memberi motivasi serta mendedahkan pelajar kepada peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan pada masa sama memberikan khidmat kepada bangsa dan negara setelah menamatkan pengajian kelak.