Isnin, November 15, 2010

Tarok Ubi, Gadong, Kalas & Pacah Talor Bertempur !

Mesra Ria Keluarga Angkat SMALHB
15hb November 2010M - Isnin
Dewan SMALHB
.
Ke arah memperkaya pengetahuan am dan Bahasa Arab di kalangan pelajarnya, SMALHB mengadakan Mesra Ria Indung Angkat di dewan sekolah berkenaan.
.

.
Warga SMALHB dibahagikan kepada 4 keluarga besar menggunakan nama warna dalam bahasa Brunei iaitu Keluarga Tarok ubi, Keluarga Kalas, Keluarga Gadong dan Keluarga Pacah Talor di mana setiap keluarga berkenaan mengandungi 12 keluarga kecil sebagaimana pembahagian pada awal kemasukan para penuntut ke SMALHB.
.

.
Dikelolakan oleh Penyelaras Indung Angkat SMALHB, acara-acara dalam program berkenaan diselang-selikan dengan kuiz tayangan video dengan mengajak para peserta untuk menceritakan semula video yang ditayang di dalam Bahasa Arab.
.
.
Selain itu, acara-acara menarik yang menarik perhatian ialah acara membawa bola antara indung dan anak angkat, lari ikat kaki 3 orang antara indung dan anak angkat, mix relay serta the longest chain
.
.
Berenang pakai google c Mijan atu..
.


.
YDP sambil ikut game, sempat posing mahal & macho :-)
.
.
The longest chain banar keluarga Gadong ani~
.
.
hehehe~rasa indung & anak kan manang..sampai masuk bawah meja..hehe..
.

Tiada ulasan: