Rabu, November 24, 2010

SMALHB Johan Pidato Anjuran JPI

Pertandingan Pidato Dan Mari Bercerita Bahasa Arab
Anjuran : Jabatan Pengajian Islam
Tempat : Pusat Dakwah Islamiyyah
24hb November 2010M - Rabu
.
Dengan membawakan tajuk : "Wasiat Muhammad Semasa Khutbah Perpisahan" di dalam Bahasa Arab telah melayakkan SMALHB menjuarai Pertandingan Pidato Bahasa Arab bagi kategori B baru-baru ini. Pertandingan yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Ustaz Pg. Haji Bahrom bin Pg. Haji Bahar selaku tetamu kehormat turut berkesudian memberikan ucapan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang setiap kategori.
.
Tetamu Kehormat berucap di dalam majlis tersebut.
.
.
SMALHB diwakili oleh Hamizah binti Haji Mintir menjuarai pertandingan bagi kategori B dengan markah 88.5% dengan diikuti 79% dan 75% bagi penyandang tempat kedua dan ketiga dari Institut Tahfiz Al-Quran SHHB dan Ma'Had Islam Brunei.
.

.
Bagi sekolah-sekolah Arab tahun 5 dan 6, juga telah diadakan Pertandingan Mari Bercerita dalam Bahasa Arab dengan mengetengahkan 5 buah Sekolah Persediaan Arab seluruh negara.
.
Ma'Had Islam Brunei mencuit hati penonton dengan cerita 3 sahabat yang akrab
.
.
Juara Pertandingan Mari Bercerita disandang oleh Sekolah Persediaan Arab BSB dengan markah 91.5%
.
.
Walaupun Sekolah Arab Temburong baru pertama kali menyertai pertandingan Mari Bercerita ini, tetapi berjaya menambat hati para juri dan menjadi naib johan dengan markah 91% dengan cerita "Ular dan Harta Karun"
.
.
Sekolah Arab Jerudong dengan aksi bersahaja di tempat ketiga
.



.
Penyokong-penyokong SMALHB terdiri dari guru-guru pembimbing dan rakan-rakan Hamizah binti Haji Mintir gembira dengan kejayaan. SMALHB membawa pulang sebuah piala pusingan, 2 buah piala iringan, wang tunai dan sijil penghargaan.
.

Tiada ulasan: