Khamis, November 25, 2010

SMALHB Naib Johan Di Pertandingan Syair

Pertandingan Membaca Syair Brunei Asli (Peringkat Akhir)
Sekolah-Sekolah Menengah, Maktab-Maktab dan Pendidikan Swasta Kali 13
Tempat : Dewan serbaguna Sek. Men. Sultan Sharif Ali, Salambigar
25hb November 2010M - Khamis
.
Membaca Syair Asli atau Menambang Syair merupakan kesenian dan kebudayaan yang penuh dengan nilai estetika dan elemen asli serta unik yang perlu dikekalkan walaupun dunia mengalami globalisasi yang bertali arus. Kerana itulah, pertandingan yang sudah memasuki usia 13 tahun ini terus disemarakkan lagi dengan tujuan antara lain agar mendidik anak-anak bangsa kita khususnya para remaja menghargai dan mengekalkan warisan seni warisan nenek moyang kita ini.
.
Bergambar ramai sebelum pertandingan bermula bersama Tetamu Kehormat, Doktor Mataim bin Bakar, Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perhubungan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Kementerian Belia dan Sukan. (duduk tengah)
.
.
Seramai 6 peserta lelaki dan 6 peserta perempuan berentap di peringkat akhir dengan gaya dan alunan irama syair serta kelunakan suara masing-masing.
.
Peserta dari SUAMP RIPAD membawakan irama Tambang Begawan dan Berunggai Singkat dan berjaya muncul johan
.
.
SMALHB mempertaruhkan irama Tambang Begawan dan Berunggai Lanjar dan melayakkan diri menjadi naib johan.
.
.
Johan lelaki dari Sekolah Menengah Pehin Dato Seri Maharaja, Mentiri ketika beraksi mengalunkan irama Tambang Begawan dan Berunggai Lanjar.
.

.
Keputusan Penuh :
.
Johan - Md. Sabri Lani dari SM PDSM - 81.1 %.
Naib Johan - Hazwan Haji Salim dari SMALHB - 79.5%
Ketiga - Muhd. Nur Bazli Abd. Mustafah dari SM PIHM - 75.8 %
.
.
Johan - Lina Musfirah Hj Abd.Wahab dari SUAMPPIRAD - 77.8%
Naib Johan - Raihana Asyiqin Haji Suhaili dari SM SMJA - 76.5%
Ketiga - Noor Hafizah Haji Ajak dari PTE Meragang - 76.1%
.
.
Hazwan bersama-sama rakan-rakan penyokong dan guru pembimbing syair. Tahniah diucapkan
.

Tiada ulasan: