Khamis, November 18, 2010

Lawatan Kerja Bukti Keprihatinan

Lawatan Kerja Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap KHEU ke SMALHB
18 November 2010M / 11 Zulhijjah 1431H
Khamis
.
Yang Mulia Ustaz Hj Ismail bin Hj Abd Manap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, telah membuat satu lawatan kerja ke sekolah ini bagi meninjau frasarana bangunan SMALHB yang dalam proses pembaikan dan pengubahsuaian sebahagian bangunan sekolah seperti tandas, kelas, asrama, bilik staf, perpustakaan, kantin dan stor. Beberapa pegawai dari Jabatan Pengajian Islam juga hadir dalam sesi lawatan ini.
.

Antara lain tujuan lawatan ini dibuat ialah bagi memastikan proses pembaikan dan pemuliharaan bangunan yang dirancang bagi penempatan sementara Sekolah Arab Jerudong tahun 5 dan 6 menepati sasaran yang telah ditetapkan.

Lawatan ini juga untuk memantau projek pembaikan tandas sekolah secara keseluruhan yang telah pun siap dijalankan.

.

.
Semasa sesi akhir lawatan, Yang Mulia Ustaz juga telah meminta penjelasan daripada pihak pentadbiran Sekolah ke arah kecemerlangan dan masalah-masalah berbangkit dengan pengubahsuaian dan pembaikan sebahagian bangunan sekolah.

Tiada ulasan: