Sabtu, Julai 03, 2010

SMALHB Terima "Anugerah BerdayaTahan Menuju Hijau"

Persidangan Alam Sekitar Kebangsaan Kali ke 3
Tempat : Empire hotel & Country Club
1hb Julai 2010 - Khamis
.
Dengan membawa tema " Sustainability and Growth ; Can We Have Both ? " atau " Berdaya Tahan dan Pertumbuhan ; Mampukah Mencapai Kedua-duanya ", persidangan anjuran Aisa Inc. Forum ini berjaya menampilkan beberapa tokoh dan ketua pemikir dari dalam dan luar negara dalam membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan alam sekitar serta pembangunan ekonomi berdaya tahan di negara ini.
.
"Jabatan-jabatan Kerajaan, masyarakat, peniaga dan orang ramai mestilah mengotakan apa yang dikata "walk the talk" ke arah mencapai "eko-efisien", tegas Menteri Pembangunan, Pehin Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman dalam ucapannya.
.
.
Eko-efisien boleh dicapai melalui aktiviti harian seperti mengurangkan penggunaan beg plastik dengan menggunakan beg guna semula, penggunaan produk-produk dan peralatan-peralatan tenaga efisien dan sebagainya yang difikirkan wajar.
.



.
SMALHB melalui Kelab Tenaganya bersama-sama agensi-agensi lain turut membuat Pameran Hijau dengan mempersembahkan projek-projek hijau dan produk mesra alam bagi mendidik orang ramai mengenai pentingnya mengurangkan, guna semula dan kitar semula serta perubahan set minda ke arah pemulihan alam sekitar.
.
.
Menteri Pembangunan ketika melawat pameran dari Kelab Tenaga SMALHB
.

.
Antara bukti sokongan SMALHB terhadap senario alam sekitar dewasa ini dengan sama-sama turun padang menyertai aktiviti melukis dan mewarna poster bertemakan ke arah kehijauan.
.


.
Manakala pada sebelah petang bertempat di Teater Empire telah berlangsung penganugerahan beberapa anugerah kepada organisasi dan perseorangan di negara ini di atas inisiatif cemerlang dalam amalan-amalan alam sekitar berdayatahan.
.
.
Cikgu Saedah binti Haji Ismail bersama-sama Presiden dan Naib Presiden Kelab Tenaga SMALHB ketika dianugerahkan "Anugerah BerdayaTahan Menuju Hijau" bagi kategori sektor pendidikan.
.

.
Tahniah diucapkan kepada Kelab Tenaga di atas kejayaan berganda. Kejayaan Kelab Tenaga ini adalah kejayaan berturut apabila pada tahun lepas kelab ini turut diiktiraf dengan Anugerah Contoh Inisiatif Bagi Kecekapan dan Penjimatan Tenaga bagi Sektor Bangunan Pendidikan.
.

Tiada ulasan: