Majlis Memperingati Isra' Mikraj Peringkat Negara 1431H/2010M
Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas
10hb Julai 2010M - Sabtu
.Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas
10hb Julai 2010M - Sabtu
SMALHB melalui Kelab Hadrah 2010M diundang menyerikan Majlis Memperingati Isra' Mikraj Junjungan Rasulullah Muhammad Peringkat Negara pada pagi Sabtu lalu.
.Berangkat di majlis sambutan yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa pada hari itu ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) dan yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam beserta kerabat-kerabat diRaja yang lain.
.Keberangkatan KDYMM dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Brunei, Yang Berhormat Pengiran Dato' Seri Setia Dr. haji Mohammad yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam tahun 1431H.
.KDYMM bertitah bahawa Ibadat Sembahyang merupakan anugerah istimewa yang berlaku dalam peristiwa Isra' Mikraj Rasullullah mampu memelihara individu dari perkara-perkara munkar.
.
Majlis diserikan dengan persembahan nasyid berjudul "Isra' Mikraj Mukjizat Agung" ciptaan Darul Ehsan dan lirik oleh Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei dendangan Kumpulan An-Nida
.
U. Awg Md Zulhafiz bin Awg Tengah, salah seorang ahli Kumpulan An-Nida merupakan tenaga pengajar SMALHB.
.Penganugerahan Anugerah Imam Cemerlang 1431H julung-julung kalinya dimenangi oleh Yang DiMuliakan Pehin Khatib Awang Haji Mustafa bin Haji Murad
.
Bilal Awang Haji Hamdini bin Haji Gharif menerima Anugerah Bilal Cemerlang 1431H dari KDYMM
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan