Isnin, Julai 12, 2010

SMALHB Juara Pidato Pra-Universiti

Pertandingan Akhir Pidato Pra Universiti Senegara Kali Pertama
Tempat : Auditorium Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah
7hb Julai 2010M - Rabu
8.30 pagi
.
Teks oleh Hasrulraizan - Media Permata bertarikh 8hb Julai 2010M
.
Ak. Mohd Ridhauddin bin Pg. Mohd Amin dari SMALHB menepati ramalan ramai bagi merangkul gelaran juara Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Pra Universiti Senegara Pertama Peringkat Akhir 2010.
.
Tetamu Kehormat pertandingan, Hajah Aminah binti Haji Amin, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.
.
.
Juara dari SMALHB yang berusia 19 tahun itu dijangka menjadi johan selepas mendapat markah tertinggi di Peringkat saringan yang telah diadakan pada 22 Jun lalu dengan markah 89.38 peratus. Beliau bahkan memperbaiki markahnya di peringkat akhir dengan mendapat 90.7 peratus.
.

.
Membawakan pidato yang bertajuk " Rasuah ancaman kepada negara " secara interaktif sehingga mampu membawa hadirin sama-sama melaungkan slogan " Kami Anti Rasuah " sambil menyelitkan elemen-elemen humor hingga membuatkan hadirin ketawa, beliau turut terpilih selaku penerima Anugerah Pemidato Harapan selain Trofi Juara.
.
.
Seluruh dewan sama-sama menyahut slogan " Kami Anti Rasuah " dengan semangat
.
.
Muncul selaku naib johan ialah pelajar dari tuan rumah, maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Nurul Shadah binti Samat. Manakala wakil dari PTE Maragang, Dk. Nuratul Ain binti Pg. Musa di tempat ketiga.
.
Naib Juara di pertandingan tersebut
.
.
Finalis dari Jerudong International School (JIS)
.
.
Bergambar ramai bersama-sama Tetamu Kehormat di akhir majlis
.

.
Keriangan terpancar di wajah masing-masing di atas kejayaan yang diraih
.
.
Bersama-sama dengan peserta simpanan dan guru-guru pembimbing pemidato SMALHB
.
.
Kejayaan dikongsi bersama dengan rakan-rakan yang turut hadir memberi sokongan padu
.
.
Wawancara untuk Media Permata
.

Tiada ulasan: