Rabu, Mac 31, 2010

SMALHB Hadiri Ceramah di UBD

Majlis Ceramah Khas "Kembali Kepada Paradigma Al-Quran"
oleh YB Tan sri Profesor Dr. Mohd Kamal bin Hassan
Penceramah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Tempat : Bilik Senat, Dewan Canselor, UBD
30hb Mac 2010M - Selasa
.
Foto & Teks oleh : NorAzriah binti Haji Abd Aziz
.
Firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-Jatsiyah ayat 20 kira-kira bermaksud : "Al-Quran ini menjadi panduan yang membuka mata hati manusia dan menjadi hidayah serta membawa rahmat bagi kaum yang mahu meyakininya".
.
Isi Al-Quran merupakan ilmu yang tertinggi dan selayaknya diberi perhatian yang jitu tetapi malangnya sebahagian manusia hari ini lalai dan lebih mementingkan pencapaian ilmu duniawi. Perkara ini telah ditekankan oleh penceramah jemputan dalam ceramah beliau yang berjaya mengumpulkan sejumlah mahasiswa-mahasiswi dan pelajar-pelajar dadri pelbagai institusi-institusi negara ini. SMALHB tidak ketinggalan mewakilkan seramai 6 orang wakil terdiri dari pelajar-pelajar Pra-U I dan 2 orang guru.
.

.
Antara perkara yang ditegaskan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Profesor ialah kegagalan dalam mendalami ilmu pengetahuan adalah berikutan ketandusan aspek kerohanian dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan ketenangan hati selain aspek moral dan etika seseorang individu. Ini kerana hakikat rohani lebih penting dari hakikat zahiriah seperti Qalbun Salim (hati yang suci)
.

Tiada ulasan: