Rabu, Mac 31, 2010

Gaya Hidup Sihat

Ceramah Gaya Hidup Sihat & Senam Robik
Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Sekolah-Sekolah
Kementerian Pendidikan
30hb Mac 2010M - Selasa
SMALHB
.
Satu ceramah dan kongsisama maklumat kesihatan telah berlangsung di dewan SMALHB yang telah disampaikan oleh Cikgu Hjh Jamilah binti Hj Ali, Pegawai Pelajaran Kanan, Unit Mempromosi Kesihatan, Jabatan Sekolah-sekolah, Kem. Pendidikan.
.
.
Antara objektif ceramah tersebut ialah :
.
1. Memberikan maklumat yang berguna tentang kesihatan kepada warga SMALHB.
.
2. Berkongsi sama cara-cara penjagaan kesihatan dalam kehidupan seharian.
.
3. Pentingnya promosi kesihatan dalam pendidikan di sekolah.
.
.
Beberapa soalan dikemukakan oleh penuntut-penuntut
.
.
Antara yang ditekankan oleh penceramah ialah :
.
1.Kesihatan yang terjaga menjamin keseimbangan dalam prestasi dan kejayaan masa depan
.
2.Kesihatan yang baik memberi kesan positif kepada orang perseorangan, keluarga, masyarakat dan negara.
.
3. Pendidikan dan Kesihatan tidak boleh dipisahkan
.
4. Promosi Kesihatan adalah seperti membuat pelaburan yang akan memberi keuntungan yang tinggi.
.

.
Acara diteruskan lagi dengan senam robik kesihatan diketuai oleh Ketua Unit Sukan 2009/2010M Mohd Yunos bin Mohammad.
.


Tiada ulasan: