Rabu, Mac 10, 2010

SMALHB di Perhimpunan Khas Wanita

Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Sambutan Maulidur Rasul
Tempat : Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas (ICC)
8hb Mac 2010M - Isnin
.
Foto & Teks : NorAzriah binti Haji Abd Aziz
.
Alunan dikir pelajar-pelajar SMALHB bergema memenuhi Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) sejurus keberangkatan tiba KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam ke Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam peringkat negara bagi tahun 1431H.
.
.
Majlis turut diserikan dengan nadwah khas (forum) bertajuk "Wanita Beriman Tonggak Keselamatan Negara". Acara kemuncak pada pagi tersebut adalah penganugerahan Tokoh bakti Hijrah Khas Wanita bagi beberapa orang penerima.
.
.
Kumpulan Dikir SMALHB seramai 30 orang terdiri dari penuntut-penuntut Pra-U I
.
.
Doa selamat sebagai penutup tirai majlis disusuli dengan dikir oleh penuntut-penuntut SMALHB bagi mengiringi keberangkatan pulang KDYMM Baginda Raja Isteri meninggalkan majlis dan ahli-ahli Kerabat DiRaja.
.

Tiada ulasan: