Sabtu, Oktober 03, 2009

Wakil SMALHB Raih Tempat Ke3 Musabaqah Akhir Belia Kebangsaan

Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan (Akhir)
Dewan DiGadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan.
1hb Oktober 2009M - Khamis
8.00 malam
.
Seramai 4 orang qari dan 3 qariah yang terpilih melalui peringkat separuh akhir yang berlangsung di empat buah daerah yang lalu dipertemukan di Majlis Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan Peringkat Akhir. Hadir menjadi tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan Belia & Sukan.
.
.
Acara yang merupakan projek tahunan yang bermula sejak tahun 1981 ini antaranya adalah bertujuan untuk mencungkil bakat para belia sebagai pelapis generasi yang mahir dalam bidang tarannum dan bacaan Al-Quran, membudayakan para belia agar menyintai Al-Quran serta memahami inti pati bacaan.
.

.
Johan qari disandang oleh johan pada tahun 2008M iaitu Ak. Md Amirul Aiman bin Pg Haji Marjuki. Naib johan disandang oleh Hazwan bin Haji Salim dan wakil SMALHB, Ahmad Zulwaqar bin Suhaili memperolehi tempat ketiga keseluruhan.
.
.
Manakala johan qariah disandang oleh wakil dari SUAMP RIPAD, Nor Azriah binti Haji Abd Aziz dan naib johan serta tempat ketiga disandang oleh Norhafsyah binti Haji Mustafa dan Maizatun Nadzeerah binti Haji Daud.
.

Tiada ulasan: