Selasa, September 29, 2009

Majlis Memperingati 50 Tahun Perlembagaan Bertulis 1959

Majlis Memperingati 50 Tahun
Perlembagaan Brunei 1959
29 September 2009 - Selasa
Dewan SMALHB
.
Demi mengingati jerih payah keringat dan usaha Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien III hingga termaktubnya Perlembagaan Bertulis Brunei pada 29 September 1959 yang lalu, genap 50 tahun usia perlembagaan tersebut, SMALHB mengadakan sambutan memperingati hari bersejarah itu pada hari kedua persekolahan penggal keempat.
.
Salah satu kandungan dalam perlembagaan bertulis 1959 adalah Agama Islam adalah agama rasmi di negara Brunei Darussalam.
.
.
Antara tujuan majlis diadakan ialah memperingati perjuangan hingga Agama Islam berjaya menjadi tunjang negara dan keluar dari campur tangan residen British selama ini. Ianya juga sebagai ristaan semua generasi khususnya para pelajar.
.
.
Bertitik-tolak dari perjuangan itulah, SMALHB dengan inisiatif warga-warganya meraikan sejarah yang telah 50 tahun berlalu tetapi malar segar di ingatan rakyat semua sebagai tanda kesyukuran menjadikan Brunei Darussalam negara berdaulat dengan Islam sebagai nadi.
.
Acara pagi itu dimulakan dengan Sembahyang Hajat dan doa tolak bala dipimpin oleh Ustaz Zaghloul. Acara diteruskan dengan bacaan Al-Quran 30 juz oleh warga SMALHB dan doa khatam Al-Quran.
.








.
Pihak media juga turut memberi liputan dan kerjasama sepanjang majlis berlangsung
.
.
Selesai sahaja jamuan, acara diteruskan lagi dengan forum khas dengan berpaksikan tajuk "Perlembagaan 1959 Asas Pengukuhan Agama Islam Di Negara Brunei Darussalam". 3 ahli panel jemputan ialah Awang Haji Mohaimin bin Haji Mohammad (Timbalan Pengetua Pusat Sejarah), U. Noralizam bin Haji Aliakbar (Pusat Dakwah Islamiyyah) dan U. Haji Hambali Haji Jaili (SMALHB) dan dipengerusikan oleh Cikgu Haji Awang Aji Haji Hamdan.
.








.
Acara diteruskan lagi pada sebelah petang dengan membaca Surah Yassin, Tahlil, Ratib Al-Attas dan doa oleh para pelajar dan guru-guru SMALHB bertempat di dewan yang sama.


Tiada ulasan: