Ahad, September 13, 2009

Sumbangan Khas Ramadan Buat Pelajar Berkeperluan

Sumbangan Khas Kepada Pelajar-Pelajar Berkeperluan
Sempena Ramadan 1430H
11 September 2009M
Bilik Mesyuarat 1, SMALHB
.
Di samping acara-acara keagamaan seperti majlis bersungkai bersama para pelajar, tedarus dan terawih pada sepanjang bulan Ramadan, SMALHB juga tidak melupakan meraikan warga pelajar-pelajar yang berkeperluan. Di atas inisiatif Bahagian Hal Ehwal Pelajar sekolah, satu majlis sederhana iaitu sumbangan khas kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas yang berkenaan diadakan di bilik mesyuarat 1.
.

.
12 orang pelajar-pelajar yang bekeperluan dari Tingkatan 6 Atas hadir di majlis sumbangan yang disampaikan sendiri oleh Pemangku Pengetua SMALHB hasil dari kutipan khas para pegawai, guru dan tabung kebajikan guru-guru SMALHB.
.









.
Majlis diakhiri dengan doa selamat oleh Guru Kanan Hal Ehwal Pelajar, Ustaz Haji Saharuddin bin Haji Patra.
.
.
Semoga segala amalan yang ikhlas ini akan diberkati dan mendapat keredhaan dari Allah SWT jua. Amin~

Tiada ulasan: