Isnin, September 21, 2009

Seorang Pelajar SMALHB Antara Penerima Anugerah Biasiswa 'Sultan Scholar'

Majlis Pengurniaan Anugerah Biasiswa ‘Sultan Scholar’ YSHHB
Istana Nurul Iman
17 September 2009M - Khamis
.
.
KDYMM dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Anugerah Biasiswa ‘Sultan Scholar’ Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) kepada lima orang penuntut yang cemerlang.
.
.
Biasiswa ‘Sultan Scholar’ merupakan biasiswa yang berprestij dan hanya dianugerahkan kepada penuntut-penuntut yang telah dikenal pasti oleh YSHHB dan Kementerian Pendidikan serta Kementerian Hal Ehwal Ugama sebagai penuntut cemerlang dalam bidang akademik dan kegiatan luar sekolah bagi melanjutkan pengajian mereka dalam pelbagai bidang ke peringkat ijazah atau yang sebanding dengannya di institut-institut pengajian tinggi yang berprestij di luar negara yang dibenarkan oleh YSHHB dan diiktiraf.
.
.
Majlis Penganugerahan Biasiswa ‘Sultan Scholar’ YSHHB bagi sesi pengajian 2009/2010M berlangsung di Istana Nurul Iman. 5 pelajar penerima Anugerah Biasiswa ‘Sultan Scholar’ ialah Awang Muhammad Ayyub bin Haji Kamaludin, Awangku Haji Mohammad Zaki bin Pengiran Dato Paduka Haji Zaini@Awangku Abdul ‘Aleem, Dayang Nur ‘Amirah binti Ibarahim, Dayang Nur Amirah Izzati binti Hj Mohd. Noor dan Dayang Rabviyatul Adawyah@Zahidah binti Haji Awang.
.
.
Dayang Rabviyatul Adawyah@Zahidah binti Haji Awang (berdiri di tengah) merupakan penuntut lepasan SMALHB dan akan melanjutkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam jurusan Syariah yang akan berangkat pada minggu hadapan.
.
.
Tahniah diucapkan kepada wakil SMALHB kerana kejayaan beliau di atas usahanya dalam peperiksaan STPUB dengan 8 matapelajaran mumtaz (cemerlang).

Tiada ulasan: