Pada malam 8hb dan 9hb Februari 2011, minggu ta'aruf diselajurkan dengan acara berdikir sempena memperingati Maulidurrasul S.A.W. Semua pegawai dan guru serta pelajar asrama lelaki turut sama-sama meraikan majlis tersebut yang diadakan di surau SMALHB.
Rabu, Februari 09, 2011
MAJLIS DIKIR SEMPENA MAULIDURRASUL S.A.W
Pada malam 8hb dan 9hb Februari 2011, minggu ta'aruf diselajurkan dengan acara berdikir sempena memperingati Maulidurrasul S.A.W. Semua pegawai dan guru serta pelajar asrama lelaki turut sama-sama meraikan majlis tersebut yang diadakan di surau SMALHB.
Isnin, Januari 31, 2011
Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Tahun Lima

.



.
.Setelah selesai sesi pendaftaran, mereka meneruskan lagi program pada hari itu dengan taklimat daripada Guru Pengawas Hal Ehwal Pelajar, Bimbingan dan kaunseling, menunaikan Solat Fardu Zohor berjemaah, makan tengahari serta pembahagian buku-buku teks di sesi sebelah petang.
Khamis, Januari 06, 2011
Kempen Kebersihan
.






Isnin, Januari 03, 2011
Hari Pertama SMALHB dengan Zikrullah
Setelah bercuti kira-kira sebulan, pelajar SMALHB kembali bersekolah bagi musim persekolahan 2011. Seperti lazimnya pada hari pertama persekolahan di SMALHB akan dimulakan dengan Majlis Zikrullah iaitu dengan membaca Surah Yaa Siin dan tahlil beramai-ramai.
Majlis diadakan di Surau SMALHB dengan dihadiri oleh semua Pegawai dan Guru serta Pelajar Putera dan Puteri Pra U 2 SMALHB. Bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil diketuai oleh Yang Mulia Ustaz El Sayed Mohd Abd Kader Zaghloul.


Pemangku Pengetua SMALHB, Yang Mulia Ustazah Hjh Norjainah binti Hj Buntar juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua warga SMALHB dan berharap agar kerjasama di kalangan warga SMALHB dapat dipertingkatkan lagi bagi sama-sama menghasilkan kualiti dan kecemerlangan SMALHB. Beliau juga mengharapkan agar keputusan Peperiksaan STPUB pada tahun ini dapat mencapai 100% lulus.
Pada tahun lepas, seramai 30 orang pelajar telah lulus dengan pangkat mumtaz, 13 orang dengan pangkat Jayyid Jiddan, 44 orang dengan pangkat Jayyid, 25 orang dengan pangkat maqbul dan 5 orang Rasib. Secara keseluruhan keputusan Peperiksaan STPUB pada tahun 2010 ialah 95.73% .
Tahniah kepada semua yang berjaya dan yang kurang bernasib baik, didoakan semoga berjaya pada masa akan datang. Masih ada masa untuk memperbaiki kelemahan yang ada.


