Isnin, Januari 03, 2011

Hari Pertama SMALHB dengan Zikrullah

28 Muharram 1432H / 3 Januari 2011M
Hari Isnin


Setelah bercuti kira-kira sebulan, pelajar SMALHB kembali bersekolah bagi musim persekolahan 2011. Seperti lazimnya pada hari pertama persekolahan di SMALHB akan dimulakan dengan Majlis Zikrullah iaitu dengan membaca Surah Yaa Siin dan tahlil beramai-ramai.

Majlis diadakan di Surau SMALHB dengan dihadiri oleh semua Pegawai dan Guru serta Pelajar Putera dan Puteri Pra U 2 SMALHB. Bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil diketuai oleh Yang Mulia Ustaz El Sayed Mohd Abd Kader Zaghloul.

Selesai bacaan doa, beliau seterusnya memberikan beberapa nasihat kepada semua pelajar SMALHB yang mana diantaranya beliau menasihati agar semua pelajar terus meningkatkan lagi semangat ingin berjaya serta sentiasa menambah ilmu pengetahuan mereka dengan membanyakkan membaca.


Pemangku Pengetua SMALHB, Yang Mulia Ustazah Hjh Norjainah binti Hj Buntar juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua warga SMALHB dan berharap agar kerjasama di kalangan warga SMALHB dapat dipertingkatkan lagi bagi sama-sama menghasilkan kualiti dan kecemerlangan SMALHB. Beliau juga mengharapkan agar keputusan Peperiksaan STPUB pada tahun ini dapat mencapai 100% lulus.


Pada tahun lepas, seramai 30 orang pelajar telah lulus dengan pangkat mumtaz, 13 orang dengan pangkat Jayyid Jiddan, 44 orang dengan pangkat Jayyid, 25 orang dengan pangkat maqbul dan 5 orang Rasib. Secara keseluruhan keputusan Peperiksaan STPUB pada tahun 2010 ialah 95.73% .


Tahniah kepada semua yang berjaya dan yang kurang bernasib baik, didoakan semoga berjaya pada masa akan datang. Masih ada masa untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

Tiada ulasan: