Ahad, Jun 07, 2009

Pameran Sempena Hari Alam Sekitar 2009

Pelancaran Logo EYE (Environment Youth Envoy) Dan Pameran Alam Sekitar
Tempat : Kementerian Pembangunan
6hb Jun 2009 - Sabtu
.
Demi memeriahkan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia, Kementerian Pembangunan secara rasminya melancarkan logo (E.Y.E) Environment Youth Envoy dan seterusnya memperlihatkan pameran kehijauan (Green Exhibition) sempena Hari Alam Sekitar dari 10 buah sekolah yang terpilih termasuk SMALHB.
.


.
Pameran ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat amnya terhadap kepentingan alam sekitar yang hijau dan bagi mengurangkan impak pemanasan global (Global Warming) kepada alam sekitar.
.
.
.
AJK SMALHB yang terlibat sepanjang pameran 3 hari berlangsung di lobi, Kementerian Pembangunan, Berakas.
.
.
Antara yang dipamerkan oleh SMALHB ialah model Pulau Borneo dan praktikal jika Oksigen (O2) berkurangan akibat alam sekitar tidak terjaga menyebabkan kuantiti Karbon Dioksida (Co2) meningkat. Sebagai usaha membantu alam sekitar, SMALHB telah membuat usaha-usaha membantu mengekalkan kehijauan dengan projek 3K yang berjalan di SMALHB, projek berjalan kaki pelajar-pelajar perempuan dari asrama ke sekolah (yang menjadi tradisi dari dulu lagi), pembinaanTaman Therapeutik, menggunakan semula barang-barang terpakai dan lain-lain lagi.
.
.
.
.
Hadir sebagai tetamu kehormat di majlis pelancaran tersebut ialah Menteri Pembangunan, Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.
.
.
.
.
Di pagi itu juga, 3 pelajar yang menyertai bengkel alam sekitar di Singapura baru-baru ini turut menyampaikan pembentangan kongsi sama dari pengalaman yang ditimba semasa di Singapura.
.
.
Logo E.Y.E yang dilancarkan pada pagi tersebut oleh Menteri Pembangunan.
.
.
Menteri Pembangunan ketika melawat pameran dari SMALHB. Wakil pelajar SMALHB, Mohd Hafiz dan Syaza Ayuni menjelaskan kepada tetamu kehormat material-material persembahan pameran.
.
.
.
Turut membuat pameran ialah dari Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab, PTE Katok, Sekolah Menengah Sayyidina Hussain, Sekolah Menengah SMJA, Sekolah Menengah PAP Hajah Masna, Sekolah Menengah Awang Semaun dan SMALHB adalah satu-satunya sekolah dari Kementerian Hal Ehwal Ugama yang diberi penghormatan membuat pameran bersama-sama sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.
.










Jumaat, Jun 05, 2009

8 Pelajar SMALHB Ke Separuh Akhir Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan

Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 2009M Peringkat Saringan
Pusat Belia, BSB.
5hb Jun 2009M dan 7hb Jun 2009M
.
Seramai 15 orang qari dan 26 qariah menyertai peringkat saringan musabaqah yang berlangsung selama 2 hari di Pusat Belia di ibu negara pada hari Jumaat, 5hb Jun 2009M bagi sesi pagi dan petang dan pada pagi hari Ahad, 7hb Jun 2009M. Manakala keputusan peserta yang layak ke peringkat separuh akhir diumumkan pada petang Ahad hari yang sama.
.
.
Pertandingan yang antara lain bertujuan memupuk rasa persahabatan di kalangan peserta belia melalui program keagamaan ini juga sebagai menjunjung titah KDYMM untuk melahirkan generasi belia yang melibatkan diri menghayati seni bacaan Al-Quran secara betul dan sahih.
.







.
Johan di peringkat saringan ini ialah Ak. Muhd Sallehin bin Pg. Haji Kambar dan Syairah binti Haji Salim. Manakala mereka yang memperolehi markah 75% ke atas adalah layak memasuki ke peringkat separuh akhir yang akan diadakan nanti.
.

.
Dari jumlah peserta yang memperdengarkan bacaan masing-masing, alhamdulillah seramai 16 orang peserta yang mendapat markah 75% ke atas terpilih melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Dari keramaian tersebut, 8 orang adalah merupakan pelajar-pelajar yang mewakili SMALHB iaitu :
.
Peserta Qari :
Ahmad Zulwaqar bin Suhaili
Abdul Qaiyum bin Haji Metusin
Ak. Hafizul Hanif bin Pg Haji Md Hata
.
Peserta Qariah :
Nurul Azimah binti Laini
Siti Nurul Hafizah binti Haji Mohd Zin
NurHidayatul Nazurah binti Haji Sulaiman
Nur'Amirah binti Haji Rozaini
Norhanani binti Haji Abdul Wahab
.
Warga SMALHB amnya mengucapkan syabas kepada semua peserta dan semoga berjaya di peringkat seterusnya. Hiasilah Al-Quran dengan bacaan-bacaan yang betul dan suara-suara indah sebagai dakwah orang-orang Islam kepada semua...


Rabu, Jun 03, 2009

SMALHB Juara Pertandingan Syarahan

Pertandingan Akhir Syarahan Agama Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Senegara kali 21
Penganjur : Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum, Kem. Pendidikan
Tuan Rumah : Sekolah Menengah Awang Semaun
3hb Jun 2009M - Rabu.
.

.
Tetamu Kehormat di pertandingan tersebut ialah Pemangku Pengarah Pusat Dakwah Islamiah, Hajah Hasnah binti Haji Omar.
.
.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengetua Sekolah Menengah Awang Semaun selaku pengerusi majlis, Hajah Kamsiah Haji Md Yussof.
.
.
Peserta lelaki dari Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Belait sebagai peserta pertama.
.
.
Wakil dari Sekolah Menengah PAP Hajah Masna, Lambak Kanan juga menyampaikan persembahan syarahan dengan bersahaja.
.
.
Dengan tajuk " Taqwa Asas Kejayaan ", peserta dari SMALHB tampil yakin di atas pentas mengajak penonton menghayati inti pati mauduk hingga berjaya menarik perhatian para hakim dan penonton hingga menjuarai pertandingan ini bagi kategori lelaki.
.
.
" Tatkala peperangan Badar, umat Islam hanya seramai 300 orang berhadapan dengan 1000 orang kafir. Namun berbekalkan ketaqwaan dan keberanian, Rasul SAW dan para sahabat berjaya ". Antara fakta yang dibawa oleh Ahmad Zulwaqar semasa pertandingan.
.
.
SUAMP RIPAD juga berentap di peringkat akhir dengan wakil dari pelajar Tingkatan 5, NurAmalina binti Sulaiman.
.
.
Peserta dari tuan rumah, Sekolah Menengah Awang Semaun.
.

.
Pertandingan diserikan dengan persembahan nasyid dan tausyeh dari sekumpulan pelajar-pelajar dari sekolah tuan rumah sebelum ulasan ketua hakim pertandingan.
.

.
Tetamu kehormat majlis berkesudian menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil kepada para pemenang, finalis dan cenderahati para hakim pertandingan. Johan membawa pulang sebuah piala pusingan, piala iringan, hadiah galakan dan sijil penyertaan.
.
.
Naib johan kategori lelaki disandang oleh peserta dari Ma'Had Islam Brunei dan sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab di tempat ketiga.
.
.
Manakala Sekolah Menengah Sayyidina Othman, Tutong menjuarai bagi kategori perempuan diikuti dengan Sekolah Menengah PAP Masna dan SUAMP RIPAD di tempat kedua dan ketiga.
.

.

Wajah-wajah ceria dari 3 buah sekolah arab yang mendapat tempat di pertandingan tersebut.

SMALHB bersama-sama guru pembimbing dan wakil dari SUAMP RIPAD.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada SMALHB di atas kejayaan ini. Segala penat dan keringat terbayar sudah. Semoga SMALHB akan terus mencipta kejayaan-kejayaan di masa-masa akan datang dengan tidak meninggalkan taqwa dalam amalan harian. Amin..