Khamis, Mei 07, 2009

Sumbangan Derma Kepada Pelajar Yang Ditimpa Musibah

Sumbangan SMALHB kepada yang memerlukan
6hb Mei 2009-Rabu
Pejabat Timbalan Pengetua Pentadbiran
.
Pihak SMALHB yang terdiri dari para pegawai, guru, rakan-rakan pelajar dan kakitangan begitu prihatin terhadap kebajikan para pelajar dan keluarga SMALHB. Salah seorang pelajar dari Sains Ahmar dilanda musibah kebakaran di kediamannya baru-baru ini mendapat bantuan dari pihak sekolah.
.
.
Bantuan berupa kewangan hasi kutipan kilat dari seluruh warga SMALHB telah disampaikan oleh Timbalan Pengetua Pentadbiran SMALHB kepada Dyg. Fatin Farhanah binti Abdullah disaksikan oleh Pemangku Timbalan Pengetua Akademik dan beberapa orang pegawai.
.

.
Semoga dengan bantuan ikhlas dari semua ini akan diberkati oleh Allah SWT dan memberikan ganjaran yang amat besar dunia dan akhirat. Amin..

Perkumpulan Pagi Persembahan Usuluddin Banafsaji

Perkumpulan Pagi Persembahan 6 Bawah Usuluddin Banafsaji
6hb Mei 2009M-Rabu
Dewan Besar SMALHB
.
Perkumpulan pagi 6hb Mei lalu mula diambil-alih oleh pelajar-pelajar Tingkatan 6 Bawah dengan dimulai oleh Usuluddin Banafsaji. Pengalaman yang dikutip dari perkumpulan-perkumpulan pagi sebelum ini oleh Tingkatan 6 Atas berjaya dilakukan oleh Usuluddin Banafsaji dengan menyajikan persembahan yang berkeyakinan di hadapan orang ramai.
.
.
Kalam mukjizat pembuka majlis dibacakan oleh Muhammad Thaqif, Ak. Mohd Saiful, Abdul Hakeem, Wan Kamarussalihen, Amal Nadzirah, Dk. Nurakmaliah, Hajah Nurnadiah dan Uswah Hasanah.
.

.
Khutbah Bahasa Inggeris dengan tema "Stress dan tips menanganinya" disampaikan oleh Awang Mohd Saiful berdasarkan pengalamannya dan kongsisama bersama rakan-rakannya serta pembacaan.
.
.
Lakonan Bahasa Inggeris menyajikan karenah-karenah pelajar-pelajar perempuan yang memiliki sifat berjaya dan juga ciri-ciri pelajar-pelajar yang tidak inginkan kejayaan. Di sebalik gelak tawa dalam persembahan lakonan ini terselit mesej berguna bagi pelajar-pelajar agar menghormati guru, masa, rakan-rakan dan ilmu yang diberikan.
.


.
Khutbah Bahasa Arab bertajuk "Al-Kazib" (Dusta) disampaikan oleh Dyg. Izzah Naqibah.
.
.
Manakala lakonan Bahasa Arab kali ini bersifat penceritaan dalam lakonan berbentuk bisu. Muhammad Thaqif bertindak sebagai "Narrator" menterjemahkan sifat-sifat pelajar yang berjaya dari segi akademik dan berakhlak dilakonkan oleh rakan-rakannya. Semoga sifat-sifat ini akan terus menjadi budaya di SMALHB dari masa ke semasa. Amin..
.

.
Gaya guru yang berkaliber oleh Wan Kamarussalihen.
.




Lawatan Ke Brunei Shell Petroleum

Taklimat Dan Pameran Biasiswa Dan Kerjaya
Shell Petroleum Brunei (BSP)
5hb Mei 2009
Hari Selasa
.
Seramai 20 orang pelajar kelas 6 Bawah Sains Ramadi dan 6 Atas Sains Ahmar dan beberapa guru pengawas telah menghadiri pameran dan taklimat yang diungkayahkan oleh pihak BSP, Daerah Belait.
.

.
Sebelum bermula taklimat, pelajar telah dibawa meninjau pameran-pameran yang disediakan dan diberi peluang untuk bersoal jawab dan beramah-mesra dengan para penerima biasiswa BSP. Pameran mempamerkan beberapa kursus yang ditawarkan oleh biasiswa BSP di luar negara dan seterusnya kerjaya yang bakal diceburi setelah tamat kursus. Di antara kursus yang ditawarkan ialah Geology, Geophysics, Petroleum Engineering, Mechanical Engineering, Chemical Engineering dan Instrumentation Engineering.
.



.
Taklimat biasiswa BSP telah disampaikan oleh wakil dari Jabatan Perancangan dan Perkembangan Tenaga Kerja, Arianty Mustapha.
.
Beliau telah menyentuh kriteria pemilihan penerima biasiswa BSP iaitu mempunyai keputusan yang baik dalam matapelajaran Matematik, Fizik dan satu matapelajaran sains lain dalam peringkat "A" Level. Pelajar juga mesti berjaya dalam penilaian sari pihak BSP, mencapai prestasi memuaskan semasa penempatan kerja di BSP/BLNG, lulus pemeriksaan kesihatan, lulus ujian lisan Bahasa Melayu Kementerian Pendidikan, lulus Pemeriksaan Sekuriti Kerajaan dan bersedia untuk berkhidmat di BSP.
.

.
Para pelajar dan guru pengawas juga berkesempatan bergambar ramai bersama salah seorang penerima biasiswa BSP iaitu bekas pelajar SUAMP RIPAD lepasan 2006M, Dyg Nurul Ain binti Haji Abu Bakar. Dengan adanya lawatan seperti ini dapat menyuntik semangat kepada para pelajar untuk lebih berusaha bagi mencapai keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan mereka yang akan datang.

Keputusan 6 Finalis ke Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Dewasa Peringkat Akhir

Keputusan Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa
Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 2009M
5hb Mei 2009M - Selasa
KUPU SB
.
Keputusan Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 2009M diumumkan dalam Majlis Pengumuman Keputusan dan Penyampaian cenderahati kepada peserta pertandingan pada 5hb Mei 2009M.
.
.
Pengumuman disampaikan oleh pengerusi Jemaah Hakim Pertandingan Membaca al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 2009, Haji Ismail Haji Abdul Manaf.
.
Tiga peserta qari dan tiga peserta qariah terpilih dan layak memasuki pertandingan peringkat akhir akan bertanding bersama johan menunggu qari dan johan qariah pada tahun 2008M yang lalu.
.
Mereka yang berjaya ialah Awangku Mohd Adibul Amin Pengiran Haji Marjuki, Awang Zul Hafiz Haji Tengah, Haji Ismail Haji Sulaiman dan Haji Mohamad Fahmie Haji Metussin.
.
Sementara 4 peserta qariah adalah Dayang Nurfaezah Haji Emran, Hajah Nurul Akmalina Haji Yahya, Dayang Amal Nazirah Haji Asmat dan Dayang Norezah Haji Mohd Deli.
.
.
Tetamu Kehormat majlis itu, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil Pengiran Syed Haji Jaafari berkenan menyampaikan sijil penyertaan dan cenderamata kepada para peserta.
.

.
Majlis diserikan dengan persembahan Medley Nasyid "Kalam Mukjizat" dari pelajar-pelajar Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah.
.