Ahad, Januari 11, 2009

Muzakarah Kali Pertama Guru-Guru Bersama Pemangku Pengetua

Muzakarah kali pertama 2009M
bersama Pemangku Pengetua
10 Januari 2009
Sabtu
.
Bertempat di Bilik Taklimat, muzakarah bersama Pemangku Pengetua, Ustazah Hajah Asmah binti Haji Randah sedikit terlewat dari tarikh sebelumnya kerana terdapat perubahan beberapa struktur di dalam pentadbiran disebabkan beberapa orang pegawai SMALHB yang berpindah tempat bertugas.
.
Walaubagaimanapun, muzakarah yang bermula pada kira-kira jam 2.15 petang itu berlangsung dengan licin dan menepati sasarannya. Pemangku Pengetua di awal kalamnya mengucapkan tahniah kepada semua guru-guru di atas penat-lelah dan penglibatan mereka sepanjang tahun lepas hingga sekolah ini banyak membuka mata masyarakat khasnya di atas penglibatan dan kejayaan sekolah dalam pertandingan-pertandingan, kerja-kerja amal, kemasyarakatan, keagamaan mahupun yang bercorak kenegaraan.
.



.
Secara keseluruhannya, Pemangku Pengetua berharap pada tahun 2009 ini, pihak guru akan dapat menggandakan usaha padu mereka dalam meningkatkan lagi kualiti produk keluaran SMALHB iaitu para pelajar itu sendiri dari segi akademik, sahsiah, ko-kurikulum dan juga disiplin ke tahap yang lebih cemerlang.
.

Pada petang itu juga, pembahagian tugas secara rasmi telah dumumkan dan buku-buku panduan tahun 2009M telah diedarkan kepada semua guru-guru SMALHB.
.

Sabtu, Januari 10, 2009

Kempen Membersihkan Bilik-Bilik Asrama

Kempen Membersihkan Asrama
10 Januari 2009
Sabtu
.
Satu kempen kebersihan diadakan untuk penghuni-penghuni asrama SMALHB. Selain merupakan aktiviti rutin para penghuni asrama, kempen ini juga bertujuan menanamkan sikap pemedulian terhadap persekitaran tempat tinggal dan juga menyayangi harta-benda kerajaan di kalangan para pelajar. Kempen yang bermula pada awal pagi ini berakhir kira-kira pada pukul 11.30 pagi.
.

"Siapa cakap kami 3 anak teruna inda pandai memanyap ah?..cuba liat..kami sehati sejiwa kali ah mengusai.."

.
"Biar orang masuk ke bilik tani confuse meliat kipas ani..serupa kipas baru jugak kawan.."
.



.
"Bukan saja lantai mau bersih..kipas kami mesti berkilat jua..baru udara ada Ummphh.."
.

.
"Cuba liat bilik orang bujang..inilah hasilnya lapas kempen...hehe..."






Rabu, Januari 07, 2009

Majlis Membaca Ratib Al Attas di Jame' Asr Hassanal Bolkiah

Majlis Membaca Ratib Al-Attas Sempena Sambutan Awal Muharram 1430H
Jame' Asr Hassanal Bolkiah
6 Januari 2009M
.
Seramai lebih kurang 20 orang pelajar SMALHB terdiri dari pelajar-pelajar lelaki Tingkatan 6 Atas dan beberapa orang pegawai SMALHB telah diundang memakmurkan majlis ini. Tetamu Kehormat Majlis, Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd Zain bin Haji Serudin hadir beserta rombongan.

Majlis membaca Rattib Al-Attas yang dimulakan selepas sembayang Fardhu Maghrib berjemaah ini dipimpin oleh Yang Mulia, Syed Habib Hassan Al-Attas, Imam dan Ketua Masjid Baalwi, Singapura yang diundang khas bagi sama-sama memeriahkan majlis ini.
.

.
Bacaan Rattib Al-Attas ini mempunyai banyak faedahnya. Antaranya, dapat memelihara si pengamalnya dan isi keluarganya dari bencana seperti kebakaran, kecurian serta pendinding dari terkena sihir. Majlis seumpama ini adalah sebagai menyahut hasrat KDYMM untuk menjadikan negara ini sebagai negara dikir.
.


.
Syed Habib Hassan Al-Attas, Imam dan Ketua Masjid Baalwi, Singapura mengabadikan gambar kenang-kenangan di akhir majlis bersama Yang Mulia, Ustaz Haji Anwari bin Haji Rawi, bekas tenaga pengajar di SMALHB dan sekarang ini bertugas di Pusat Dakwah Islamiah.
.

Yang Berhormat Pehin Menteri beramah-mesra bersama para jemaah di akhir majlis.


Isnin, Januari 05, 2009

Permulaan Sesi Persekolahan Penggal Pertama 2009M

5 Januari 2009M

Isnin

Seluruh pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas SMALHB memulakan sesi persekolahan penggal pertama bermula pada 5 Januari 2009M bersamaan dengan 8 Muharram 1430H. Suasana kemeriahan di tiap-tiap kelas mula terasa apabila para pelajar bertemu dan bersapa dengan rakan-rakan mereka setelah bercuti lebih kurang sebulan lamanya. Dengan azam dan tekad yang baru, pelajar-pelajar ini akan menempuh pembelajaran lebih kurang 7 bulan sebelum peperiksaan STPUB bermula pada sekitar bulan Ogos nanti.
.
Jadual pembelajaran bagi tahun baru
.
.
Sebagai kelaziman, satu majlis sempena pembukaan penggal persekolahan berlangsung di dewan sekolah. Timbalan Pengetua Pentadbiran, Ustazah Hajah Hamidah binti Haji Abd. Rahman selaku wakil Pemangku Pengetua ketika memberi ucapan selamat kembali ke alam persekolahan.
.
.
Timbalan Pengetua ketika berucap menegaskan pentingnya ilmu dan menasihatkan para pelajar agar sentiasa berusaha tanpa jemu-jemu dan tanpa berasa rendah diri dengan pencapaian orang lain malahan menjadikan itu semua sebagai suntikan semangat. Beliau juga memberikan kata-kata motivasi kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki Peperiksaan STPUB pada tahun ini dan menyarankan untuk mengulang-kaji sedari awal lagi.
.

.
Majlis diselajurkan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil dengan disusuli bacaan Ratib Al-Attas serta doa sekolah dipimpin oleh AJK pelajar-pelajar SMALHB.
.

.
Sebelum majlis bersurai, acara bersalam-salaman para pelajar bersama para guru mengambil tempat diiringi dengan laungan Asmaul-Husna.
.

Setelah majlis selesai diadakan, pembelajaran setiap kelas pun dimulakan mengikut jadual yang telah diedarkan. Penuntut begitu bersemangat memulakan kelas setelah bercuti dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran mereka.
.