Isnin, Jun 06, 2011

Tariq bin Ziyad Juara Keseluruhan 2011

Majlis Penutup Minggu Sukan SMALHB & Penutup Penggal Persekolahan Ketiga

Hari Isnin

4 Rejab 1432H / 6 Jun 2011M

Dewan SMALHB

Sebelum tirai minggu sukan tahunan dan sukan ria SMALHB melabuhkan tirainya secara rasmi, satu majlis rasmi penutup minggu sukan seterusnya penyampaian dan pengumuman hadiah-hadiah terbaik dilangsungkan pada hari ini.

Acara majlis pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan Surah al-Faatihah dan Doa Selamat oleh Yang Mulia Ustaz Salah Ali Abd Salam al-Asqar. Seterusnya Timbalan Pengetua Pentadbiran I, Yang Mulia Ustazah Hjh Hamidah binti Hj Abd Rahman telah berkesudian untuk memberikan ucapan.


Antara anugerah utama yang diumumkan pada hari tersebut ialah:

Juara Rentas Desa 2011 bagi guru lelaki: Ustaz Zul-Hafiz bin Awang Tengah

Juara Rentas Desa 2011 bagi guru perempuan : Ustazah Rafidah binti Rashid

Juara Rentas Desa 2011 bagi pelajar lelaki: Abd.Afiq bin Hassan

Juara Rentas desa 2011 bagi pelajar perempuan : Munirah

Juara Rentas Desa 2011: Rumah Tariq bin Ziyad (Kuning)

Juara Sukan Tahunan 2011: Rumah Khalid al-Waleed (Biru)

Juara Sukan Ria 2011: Rumah Tariq bin Ziyad (Kuning)

Atlet Terbaik Bagi Guru Lelaki 2011: Ustaz Hj Mayadi bin Hj Ali

Atlet Terbaik Bagi Guru Perempuan 2011: Ustazah Rafidah binti Rashid

Atlet Terbaik Bagi Pelajar Lelaki: Md.Hariz bin Ali Kahar

Atlet Terbaik Bagi Pelajar Perempuan: Nur Intan Aqilah binti Hj Abd Razak

Anugerah Rumah Terbaik: Rumah Tariq bin Ziyad (Kuning)

Juara Keseluruhan: Rumah Tariq bin Ziyad (Kuning)





Segmen kedua pada hari tersebut ialah majlis membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Ratib al-'Attas sempena penutup penggal ketiga persekolahan. Acara diketuai oleh Badan Agama Dan Akhlak Majlis Pelajar SMALHB. Acara diakhiri dengan majlis bersalam-salaman.



Tiada ulasan: