Khamis, Jun 02, 2011

Majlis Mengenang Jasa

Hari Khamis

29 Jamadilakhir 1432H / 2 Jun 2011M

Dewan SMALHB

Satu majlis mengenang jasa kepada beberapa orang pegawai guru dan kakitangan SMALHB yang berpindah tugas dan menamatkan kontrak dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Pada majlis tersebut seramai seorang pegawai, seorang guru dan 3 orang kakitangan SMALHB diraikan dalam suasana yang meriah. Mereka yang diraikan ialah Yang Mulia Ustazah Hjh Monalisalelawaty binti Hj Talib, guru matapelajaran Nahu Saraf yang berpindah ke Jabatan Kenaziran JPI. Yang Mulia Cikgu Hj Mohd Abbas Khan, guru matapelajaran Mathematics yang menamatkan perkhidmatan beliau di Negara Brunei Darussalam dan pulang ke negara asal beliau.Sementara Yang Mulia Dayang Rafeah binti Buang, Pembantu Perpustakaan SMALHB dan 2 orang Jaga SMALHB iaitu Yang Mulia Awang Bagol bin Hj Kuris dan Awang Ibrahim bin Awang Tengah berpindah tempat tugas di tempat baru.

Aturcara pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan Ummul Quran yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Hj Abd Rahim Jama' Soleh. Seterusnya ucaptama oleh Yang Mulia Ustazah Hjh Nora'aini binti Hj Abu Bakar, Pemangku Pengetua SMALHB diantara ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan dan jasa yang telah diberikan sepanjang bertugas di SMALHB.

Majlis pada hari tersebut juga turut diserikan dengan ucapan daripada wakil yang diraikan dan persembahan daripada kalangan guru dan pelajar SMALHB secara spontan.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Yang Mulia Ustaz Hj Abd Rahim Jama' Soleh.









Ucapan terima kasih yang tidak berkesudahan kami ucapkan kepada abiskita semua , segala jasa baik abiskita akan tetap kami kenang dan semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan...Amin...

Tiada ulasan: