Isnin, Januari 31, 2011

Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Tahun Lima

8 Safar 1432H / 13 Januari 2011M
Hari Khamis
.
Pada pagi ini, seramai 186 orang pelajar baru Tahun Lima telah mendaftar bagi memulakan sesi pembelajaran mereka di sekolah ini. Majlis telah diadakan di Dewan SMALHB dengan dihadiri oleh ibubapa dan penjaga pelajar.


.
Acara dimulakan dengan bacaan Ummul Qur'an yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Hj Norhisyam bin Hj Md Noor, kemudiaan diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pemangku Pengetua SMALHB, Yang Mulia Ustazah Hjh Nora'aini binti Hj Abu Bakar dan penyampaian taklimat oleh Yang Mulia Ustazah Hjh Noor Rasidah binti Hj Sharbini. Selesai taklimat, bacaan Doa Selamat sekali lagi dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Hj Norhisyam bin Hj Md Noor.







.
Para pelajar bersama ibubapa dan penjaga seterusnya beredar ke bilik darjah masing-masing untuk sesi pendaftaran. Pada tahun ini, sebanyak 6 buah kelas telah dibahagikan untuk menempatkan pelajar-pelajar baru Tahun 5.

.
Setelah selesai sesi pendaftaran, mereka meneruskan lagi program pada hari itu dengan taklimat daripada Guru Pengawas Hal Ehwal Pelajar, Bimbingan dan kaunseling, menunaikan Solat Fardu Zohor berjemaah, makan tengahari serta pembahagian buku-buku teks di sesi sebelah petang.
.
.
Program aktiviti diteruskan lagi pada Hari Sabtu 10 safar 1432H / 15 Januari 2011M dengan aktiviti Peraduan menghafaz ayat-ayat lazim, Bacaan dalam Solat, Doa Harian, World Map Puzzle, Bacaan Ratib al-A'ttas dan penyampaian hadiah aktiviti minggu suai kenal.









Khamis, Januari 06, 2011

Kempen Kebersihan

1 Safar 1432H / 6 Januari 2011M
Hari Khamis
.
.
Pada hari ini SMALHB telah mengadakan kempen kebersihan sebagai persediaan untuk menerima keluarga baru yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 6 Sekolah Arab Jerudong yang akan memulakan persekolahan di SMALHB pada 10 hb Januari 2011 dan persediaan bagi pendaftaran pelajar baru Tahun 5 insya Allah pada 13 hb Januari 2011 nanti.
.
Majlis pada pagi itu telah dimulakan dengan bacaan Surah al-Faatihah beramai-ramai dan bacaan doa yang dipimpin oleh Yang Mulia Abd.wafiy bin Hj Abd.Kadiroshman, Ketua
Badan Agama Dan Akhlak SMALHB.
.
Kemudian diikuti dengan ucapan alu-aluan dan nasihat oleh Pemangku Pengetua SMALHB, Yang Mulia Ustazah Hjh Nora'aini binti Hj Abu Bakar. Seterusnya penerangan ringkas mengenai kempen kebersihan yang akan dijalankan pada hari itu oleh Yang Mulia Cikgu Hj Awang Aji bin Hj Hamdan, Guru Kanan Pentadbiran 1 SMALHB.
.
Kempen ini dilihat sebagai salah satu ikhtiar agar persekitaran sekolah menjadi bersih, teratur serta menyemai dan memupuk semangat kerjasama ke arah yang lebih bersepadu ibarat sebuah keluarga yang harmoni dikalangan warga SMALHB.

.













Isnin, Januari 03, 2011

Hari Pertama SMALHB dengan Zikrullah

28 Muharram 1432H / 3 Januari 2011M
Hari Isnin


Setelah bercuti kira-kira sebulan, pelajar SMALHB kembali bersekolah bagi musim persekolahan 2011. Seperti lazimnya pada hari pertama persekolahan di SMALHB akan dimulakan dengan Majlis Zikrullah iaitu dengan membaca Surah Yaa Siin dan tahlil beramai-ramai.

Majlis diadakan di Surau SMALHB dengan dihadiri oleh semua Pegawai dan Guru serta Pelajar Putera dan Puteri Pra U 2 SMALHB. Bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil diketuai oleh Yang Mulia Ustaz El Sayed Mohd Abd Kader Zaghloul.

Selesai bacaan doa, beliau seterusnya memberikan beberapa nasihat kepada semua pelajar SMALHB yang mana diantaranya beliau menasihati agar semua pelajar terus meningkatkan lagi semangat ingin berjaya serta sentiasa menambah ilmu pengetahuan mereka dengan membanyakkan membaca.


Pemangku Pengetua SMALHB, Yang Mulia Ustazah Hjh Norjainah binti Hj Buntar juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua warga SMALHB dan berharap agar kerjasama di kalangan warga SMALHB dapat dipertingkatkan lagi bagi sama-sama menghasilkan kualiti dan kecemerlangan SMALHB. Beliau juga mengharapkan agar keputusan Peperiksaan STPUB pada tahun ini dapat mencapai 100% lulus.


Pada tahun lepas, seramai 30 orang pelajar telah lulus dengan pangkat mumtaz, 13 orang dengan pangkat Jayyid Jiddan, 44 orang dengan pangkat Jayyid, 25 orang dengan pangkat maqbul dan 5 orang Rasib. Secara keseluruhan keputusan Peperiksaan STPUB pada tahun 2010 ialah 95.73% .


Tahniah kepada semua yang berjaya dan yang kurang bernasib baik, didoakan semoga berjaya pada masa akan datang. Masih ada masa untuk memperbaiki kelemahan yang ada.