Isnin, Mei 31, 2010

SMALHB di Karnival Sungai Matan

SMALHB di Karnival Sungai Matan
29hb Mei 2010M - Sabtu
Kg. Sungai Matan, BSB
.
Sejumlah mantan Persatuan Kebajikan Penuntut SMALHB 2009/2010M beserta beberapa guru hadir memeriahkan Karnival Sungai Matan baru-baru ini. Karnival Matan 2010 ini merupakan aktiviti kali ke 4 dianjurkan oleh AJK Majlis Perundingan Kampong Sungai Matan, Mukim Batu Batu.
.

.
Antara tujuan Karnival Matan ini adalah bagi memperkenalkan dan mempromosikan Kampong Sungai Matan sebagai "Eko-Pelancongan Fishing Village", menjana perekonomian dan meningkatkan lagi hasil penduduk kampong melalui perniagaan kecil-kecilan dan sebagai satu usaha mempromosikan projek Kenali Negara Kita (KNK)
.
.
Antara aktiviti yang disertai SMALHB ialah melawat Pulau Cermin dan "Fish Breeding Farm".
.



.
U. Hjh Nordiana berlatar belakangkan sebahagian Pulau Cermin.
.

Sabtu, Mei 22, 2010

SMALHB Sertai Projek Gelombang Hijau "Greenwave"

SMALHB Sertai "The Green Wave Project"
22hb Mei 2010m - Sabtu
SMALHB
.
Seramai lebih kurang 40 orang penuntut-penuntut Pra-U I yang terdiri daripada Ahli Kelab Tenaga SMALHB ikut serta kempen global penanaman anak-anak pokok secara serentak di seluruh dunia di bawah projek yang dikenali sebagai Projek Gelombang Hijau "The Green Wave Project"
.
Hadir menjadi tetamu kehormat di majlis itu ialah dua orang pegawai dari Jabatan Perhutanan, Haji Masri dan Mohd Zukrina.
.
.
Anak pokok Casuarina Nobilis yang ditaja khas dalam projek tepat pada tarikh 22hb Mei yang diisytiharkan sebagai Hari Biodiversiti Antarabangsa.
.
.
Antara tujuan projek ini adalah secara langsung akan mendidik serta memupuk rasa kesedaran dan kefahaman kepada sejagat akan kepentingan kehijauan dan hutan untuk dipelihara dan diurus secara lestari.
.
.
Presiden Kelab Tenaga SMALHB 2010M, Mohd Khairul Azamain bin Norzelan memberikan sedikit taklimat tentang projek sejagat ini.
.
.
Tepat jam 10 pagi waktu tempatan, seluruh dunia menanam pokok yang menjadi simbol sokongan dan dokongan terhadap usaha United Nation Convention On Biological Diversity (CBD)
.
.
Timbalan Pengetua Akademik berkesudian menanam seterusnya menyiram anak pokok yang ditaja khas oleh pihak HSBC
.
.
Untuk maklumat lebih lanjut, pengunjung bolehlah melayari laman web :
.
http://greenwave.cbd.int/en/home
.
dan SMALHB adalah salah sebuah sekolah di seluruh dunia yang telah mendaftar menyahut kempen ini.
.


Rabu, Mei 19, 2010

Arab Saudi Menghulurkan ABM Kepada SMALHB

Penyerahan Buku-Buku Dan Cakera-Cakera Padat Ilmiah
Tempat : Pejabat Kedutaan Arab Saudi ke Brunei Darussalam
18hb Mei 2009M - Selasa
.
Kerajaan Arab Saudi melalui Kedutaan Arab Saudi di Brunei Darussalam berkesudian menyerahkan alat-alat bantu dalam pengajaran kepada SMALHB berupa Cakera-cakera Padat (CD) dan salinan-salinan kitab-kitab ilmiah untuk diguna pakai serta menjadi bahan rujukan di SMALHB.
.
Majlis berlangsung di Pejabat Kedutaan Arab Saudi ke Brunei Darussalam
.

.
Hadir di majlis penyerahan tersebut ialah U. Haji Saharuddin Haji Patra (Timbalan Pengetua Akademik), U. Hajah Hamidah Haji Abd Rahman (Timbalan Pengetua Pentadbiran), U. Dk. Hajah Radiah Haji Tahir (Guru Kanan Akademik) dan U. Zaghloul (Guru mata pelajaran Balaghah).
.
.
Mohammad JA Hashim, Pegawai Kedutaan Arab Saudi menyerahkan bahan-bahan rujukan ilmiah kepada Timbalan Pengetua Akademik.
.


Selasa, Mei 18, 2010

Penceramah Astro Oasis Serikan SMALHB

Ceramah Motivasi "Banyaknya Nikmat Kehidupan, Bersyukurkah Kita? "
Penceramah : U. Asni Abu Mansur Al-Hafizah
Siaran Langsung : Menerusi Radio Nur Islam, RTB
Dewan SMALHB
17hb Mei 2010M - Isnin
.
SMALHB bertuah apabila terpilih sebagai lokasi Penceramah dan motivator tersohor dari Malaysia, Yang Mulia Ustazah Asni Abu Mansur Al-Hafizah yang dikenali menerusi rancangan ceramah beliau di Astro Oasis dalam sesi rakaman langsung beliau dengan berpaksikan tajuk yang cukup menarik, "Banyaknya Nikmat Kehidupan, Bersyukurkah Kita? ".
.

.
Krew Radio Nur Islam memberikan kerjasama sepanjang siaran langsung.
.
.
Gaya penceramah yang bersahaja menarik perhatian para pendengar hingga menitiskan air mata.
.
.
U. Rafidah juga menitiskan airmata dalam segmen bermaaf-maafan bersama-sama penuntut-penuntut di salah satu segmen ceramah.
.
.
Alunan merdu zikir dan tarannum penceramah meninggalkan bekas kepada para pendengar.
.
.
Khusyuk dan bersemangat dengan kata-kata motivasi yang diberikan.
.
.
Penuntut-penuntut Tingkatan 5 Ma'Had Islam Brunei dan SUAMP RIPAD beserta pegawai-pegawai turut hadir
.


.
"Track (jalan) yang dipilih oleh para penuntut di sekolah ini adalah track yang betul dan ini yang dimahukan oleh Allah Subhanahu Wata'ala buat adik-adik semua", antara kata-kata semangat dari penceramah.
.
.
Soal jawab dibukakan di akhir sesi ceramah. Antara soalan yang dikemukakan ialah tips memelihara hafalan menerusi amalan ayat-ayat Al-Quran dan permakanan yang sihat untuk kecergasan otak.
.

.
Wakil penuntut dari Ma'Had Islam Brunei mengemukakan pertanyaan tentang cara-cara lain untuk membahagiakan dan berkhidmat kepada orang tua agar mendapat keberkatan.
.


.
Penuntut-penuntut SMALHB begitu teruja apabila bertemu dengan mentor mereka secara langsung
.

Ahad, Mei 09, 2010

Taklimat Pra STPUB & STPUB

Taklimat Peperiksaan Pra-STPUB dan STPUB
dari Lembaga Peperiksaan Bersijil, KHEUB
8hb Mei 2010M - Sabtu
Dewan SMALHB
.
Satu taklimat khas dihasratkan untuk memberi maklumat dan peraturan-peraturan yang berhubung-kait dengan Peperiksaan Pra-STPUB yang bakal diperkenalkan dan berkuatkuasa bermula pada tahun ini serta taklimat Peperiksaan STPUB telah berlangsung dihadiri oleh penuntut-penuntut Pra U I baru-baru ini.
.

.
Yang Mulia Ustazah Hajah Hajijah binti Haji Moktal ketika memberi taklimat.
.

.
Di akhir taklimat, sesi soal-jawab dibukakan kepada semua penuntut.
.

Sabtu, Mei 08, 2010

SMALHB Di Pelangi FM

Student Nyte Show Bersama SMALHB
5hb Mei 2010M - Rabu
9.00 malam
.
SMALHB diwakili oleh Mohd Afiq bin Ruslan dan Norafiqah binti Haji Boestaman baru-baru ini telah diundang di dalam rancangan talk show "Student Nyte Show" secara langsung di Pelangi FM bersama DJ Ashraff.
.


.
Program lebih kurang satu jam ini mengongsikan bersama-sama para pendengar tentang latar belakang sekolah, aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan akademik dan ko-kurikulum sekolah serta pencapaian-pencapaian yang diraih sekolah.
.

.
Membaca komen-komen dan kata-kata tahniah serta semangat rakan-rakan buat wakil-wakil SMALHB melalui "Facebook Pelangi FM"
.
.
Bergambar kenang-kenangan bersama DJ Ashraff
.