Sabtu, Februari 27, 2010

Perhimpunan Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW

Perhimpunan Besar Sambutan Maulidur Rasul SAW
27hb Februari 2010M - Sabtu
Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien.
.
Dengan bertemakan " Ya Illahi, Selamatkan Brunei Darussalam " pada tahun ini, sekali lagi SMALHB menyertai perhimpunan besar sempena sambutan Maulidur Rasul SAW bersama-sama beratus-ratus pasukan yang lain.
.
.
Timbalan Pengetua Akademik SMALHB ketika ditemuramah
.


.
KDYMM dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam turun padang bersama-sama rakyat jelata di perhimpunan mega ini.
.







.
Perarakan besar ini melalui beberapa buah batang jalan raya utama di ibu negara bermula dan berakhir di Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien.
.








Jumaat, Februari 26, 2010

SMALHB Di Majlis Penutup Dikir Maulidur Rasul

Majlis Penutup Dikir Maulidur Rasul
Masjid Omar Ali Saifuddien, BSB
25hb Februari 2010M - Khamis
.
Hadir sebagai tetamu kehormat di majlis yang bermula sekitar jam 8.30 malam itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd Zain bin Haji Serudin yang juga mengepalai bacaan Ummul Kitab.
.
SMALHB dan Institut Tahfiz Al-Quran menyampaikan dikir "Assalamualaika"
.


.
Yang Berhormat Pehin dan Timbalan Menteri bersalam-salaman bersama para jemaah di akhir majlis
.

Khamis, Februari 25, 2010

SMALHB di Pesta Buku 2010

Pesta Buku 2010
Stadium Tertutup Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah
24hb Februari & 25hb Februari 2010M
.
Seperti kelaziman pada setiap tahun, Dewan Bahasa dan Pustaka mengadakan pesta jualan buku-buku sebagai salah satu acara sempena Hari Kebangsaan Brunei Darussalam. Pada tahun ini, sebanyak 86 buah petak jualan buku-buku dari kira-kira 45 buah syarikat pengedar buku termasuk 5 buah negara ASEAN turut serta menyemarakkan pesta yang berlangsung selama 10 hari.
.


.
Buku apa bisdurang singkap-singkap ani aahh ?
.

Pra-U I Usuluddin Di Seminar Serantau Islam

Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat
Anjuran Fakulti Usuluddin UNISSA
Hotel Rizqun, Gadong
24hb hingga 25hb Februari 2010M
.
Foto & Teks oleh : Norazriah binti Haji Abd. Aziz
.
.
Seramai 14 orang pelajar terdiri daripada penuntut-penuntut Pra-U I Usuluddin dan seorang guru pengawas telah menghadiri seminar yang mengambil tempat di Hotel Rizqun, Gadong selama dua hari berturut-turut.
.


.
Seminar anjuran Fakulti Usuluddin, UNISSA ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Pehin Dato Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam sejurus selepas ucapan aluan dari Pengerusi Bersama seminar, Yang Mulia Dr. Abdul Muthalif Afuwarden, Dekan Fakulti Usuluddin UNISSA.
.

.
Lebih daripada 70 kertas kerja telah dibentangkan dalam tri-bahasa (Melayu, Inggeris dan Arab). Seminar ini merupakan salah satu usaha besar dalam memperkembangkan syiar Islam kerana berjaya mengumpulkan lebih daripada 70 ulama dan sarjana dari 10 buah negara.
.
Seminar ini turut membahaskan isu-isu menurut prinsip keilmuan yang tinggi lalu mengeluarkan resolusi yang boleh dijadikan formula untuk mewujudkan keamanan sejagat.
.
.
Diharapkan dari seminar ini, para penuntut terlibat dapat mendalami isu-isu menurut perspektif Islam dan mengamalkan segala ilmu yang diperolehi serta dapat mempertajamkan lagi keupayaan bertutur dan mendengar di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Rabu, Februari 24, 2010

SMALHB di Perhimpunan Agung Penuh Patriotik

Perhimpunan Agung Hari Kebangsaan Brunei Darussalam Ke 26
Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien
23hb Februari 2010M - Selasa


Suasana Perhimpunan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 26 tahun ini dimeriahkan lagi dengan upacara perbarisan lalu yang disertai lebih 17,000 peserta dari 109 pasukan.


.
Baginda berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri dari anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB).
.
.
Juga berkenan menyertai perbarisan lalu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah yang menyertai Pasukan Kadet Tentera ABDB, Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil.


Sebahagian pelajar SMALHB merakamkan gambar kenang-kenangan bersama YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.


Suasana sebelum perbarisan lalu bermula













.
SMALHB pemegang nombor pasukan yang ke 73 mula menghampiri kawasan Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien.
.







.
Bentuk angka 26 dari semua peserta perbarisan lalu merupakan acara kemuncak pada perhimpunan agung tersebut dengan diiringi dengan koir " Negaraku Brunei Darussalam ".
.