Khamis, Februari 25, 2010

Pra-U I Usuluddin Di Seminar Serantau Islam

Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat
Anjuran Fakulti Usuluddin UNISSA
Hotel Rizqun, Gadong
24hb hingga 25hb Februari 2010M
.
Foto & Teks oleh : Norazriah binti Haji Abd. Aziz
.
.
Seramai 14 orang pelajar terdiri daripada penuntut-penuntut Pra-U I Usuluddin dan seorang guru pengawas telah menghadiri seminar yang mengambil tempat di Hotel Rizqun, Gadong selama dua hari berturut-turut.
.


.
Seminar anjuran Fakulti Usuluddin, UNISSA ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Pehin Dato Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam sejurus selepas ucapan aluan dari Pengerusi Bersama seminar, Yang Mulia Dr. Abdul Muthalif Afuwarden, Dekan Fakulti Usuluddin UNISSA.
.

.
Lebih daripada 70 kertas kerja telah dibentangkan dalam tri-bahasa (Melayu, Inggeris dan Arab). Seminar ini merupakan salah satu usaha besar dalam memperkembangkan syiar Islam kerana berjaya mengumpulkan lebih daripada 70 ulama dan sarjana dari 10 buah negara.
.
Seminar ini turut membahaskan isu-isu menurut prinsip keilmuan yang tinggi lalu mengeluarkan resolusi yang boleh dijadikan formula untuk mewujudkan keamanan sejagat.
.
.
Diharapkan dari seminar ini, para penuntut terlibat dapat mendalami isu-isu menurut perspektif Islam dan mengamalkan segala ilmu yang diperolehi serta dapat mempertajamkan lagi keupayaan bertutur dan mendengar di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Tiada ulasan: