Khamis, Februari 18, 2010

Dikir Maulidur Rasul Di SMALHB

Majlis Dikir Maulidur Rasul SAW
17hb Februari 2010M - Rabu
Dewan SMALHB
.
Seramai lebih kurang 180 orang pegawai-pegawai, guru-guru dan penuntut-penuntut asrama putera dan puteri SMALHB meraikan malam dikir sempena memperingati kelahiran junjungan besar kita Muhammad SAW dengan mengadakan Sembahyang Fardhu Maghrib dan Isyak berjemaah serta dikir Syarafil Anam.
.
.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Pemangku Pengetua dan Timbalan-Timbalan Pengetua SMALHB. Acara keugamaan kelolaan Unit Rohani, Ko-Kurikulum SMALHB ini di samping merupakan projek tahunan, ianya juga sebagai salah satu lagi wadah dakwah dan juga sebagai jambatan merapatkan hubungan silaturrahim antara warga SMALHB serta merupakan salah satu aktiviti penuntut-penuntut yang tinggal di asrama.
.





Tiada ulasan: