Isnin, Februari 15, 2010

Pra-U I Lughah Hadiri Persidangan 2 Hari

Persidangan Serantau Pengajian Arab Dan Tamadun Islam Di Kepulauan Melayu‏
13hb - 14hb Februari 2010M
Anjuran : Fakulti Bahasa Arab dan Tamadun Islam UNISSA
Tempat : Hotel Plaza Kiulap
.
Teks & Foto oleh : Pra-U I Lughah Banafsaji
Disunting oleh : SMALHB

.
Seramai 7 orang penuntut dari Pra-U 1 Lughah Banafsaji dan seorang guru telah mewakili SMALHB menyertai persidangan tersebut yang mana dianjurkan oleh Fakulti Bahasa Arab dan Tamadun Islam,Universiti Islam Sultan Sharif Ali, bertempat di Hotel Plaza Kiulap di ibu negara.

.
.
Adapun di antara objektif persidangan 2 hari itu ialah:-
  • Mengenalpasti pencapaian Pengajian Arab dan Tamadun Islam di universiti-universiti di Kepulauan Melayu.
  • Menguar-uarkan sumbangan intelektual Islam di kepulauan Melayu dalam Pengajian Arab dan Tamadun Islam.
  • Memberi ilustrasi yang unik dan ciri-ciri khas Pengajian Arab dan Tamadun Islam di kepulauan Melayu.
  • Menyingkap kajian-kajian terkini dalam bidang Pengajian Arab dan Tamadun Islam di era globalisasi.
..
Beberapa professor dari kawasan Asia Tenggara seperti dari Republik Filipina, Malaysia, Patani Thailand dan Republik Indonesia telah dijemput menyertai pembentangan di majlis persidangan 2 hari itu serta tidak kurang juga beberapa peserta persidangan juga telah membentang beberapa kertas kerja di dalam majlis ilmu tersebut.
.

.
Majlis persidangan ditutup rasmi oleh tetamu kehormat majlis, Yang Mulia Pengiran Dato Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd Rahman, Timbalan Menteri Pendidikan. Semoga persidangan seperti ini akan memberi manfaat yang besar kepada peserta-peserta yang hadir dan berterusan hingga ke tahun yang akan datang.

Tiada ulasan: