Sabtu, Oktober 31, 2009

Sambutan Hari Raya KHEU Jalin Silaturrahim

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Bersama-Sama Warga Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU)
18hb Oktober 2009M - Ahad
Tempat : Kawasan Letak Kereta KHEU, Berakas.
.
KHEU berjaya mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bagi warga kementerian tersebut dengan menggabungkan jabatan-jabatan dan warga yang bernaung di bawahnya termasuklah gabungan sekolah-sekolah arab.
.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pelerma Raja Dato Seri Setia Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd Zain bin Haji Serudin dan Pengiran Datin.
.
.
Majlis yang bertujuan untuk menyemarakkan suasana Aidilfitri itu juga sebagai wasilah untuk mengeratkan lagi silaturrahim, jalinan kerjasama, bermaaf-maafan di antara warga KHEU secara amnya di semua lapisan peringkat dan usia. Yang Berhormat Pehin juga berkesudian berkunjung ke petak-petak ruangan jabatan-jabatan untuk beramah-mesra bersama warga KHEU.
.
.
Antara warga gabungan sekolah-sekolah arab termasuk SMALHB, dan SUAMP RIPAD bergambar bersama
.

Jumaat, Oktober 23, 2009

Peperiksaan Akhir Tahun 2009M

Peperiksaan Bertulis Akhir Tahun 2009M
Bermula 20hb Oktober 2009 hingga 3 November 2009
.
SMALHB mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat Menempuhi Peperiksaan" kepada semua pelajar-pelajar Tingkatan 6 bawah.
.
Semoga mendapat kejayaan dan lulus ke tingkatan 6 atas pada tahun hadapan..amin~

Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar-Pelajar Cemerlang Sekolah-Sekolah Arab / Ugama 2009

Penyampaian Hadiah Pelajar-Pelajar Cemerlang
Sekolah-Sekolah Arab dan Ugama 2009M
Pusat Persidangan Antarabangsa ICC, Berakas.
14hb Oktober 2009M - Selasa
.
Projek tahunan Jabatan Pengajian Islam (JPI) ini sekali lagi merealisasikan objekifnya dengan mengiktiraf 169 orang pelajar cemerlang dari seluruh sekolah-sekolah arab dan sekolah-sekolah ugama di negara ini di satu majlis yang cukup meriah bertempat di ICC.
.

.
Tetamu Kehormat Majlis pada pagi tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman juga sudi menyampaikan trofi-trofi dan sijil kepada para penerima.
.

.
Beberapa orang pelajar SMALHB telah berjaya dinobatkan sebagai pelajar terbaik akademik di majlis berprestij itu.
.

.
Manakala Nurul Munirah binti Awg Jumat dari kelas Syariah Abyadh 2009M dianugerahkan sebagai pelajar terbaik dan pelajar cemerlang sekolah-sekolah ugama/arab bagi tahun ini.
.
.
2 orang pelajar terbaik SMALHB, Nurul Munirah binti Awg Jumat (kanan) bersama sahabat baiknya Dayang Munirah binti Mahali (kiri).
.
.
Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima hadiah. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin agar lebih berjaya di masa-masa akan datang dan sebagai penyuntik semangat kepada rakan-rakan yang lain.


Foto : Terima kasih kepada SUAMP RIPAD & Nurul Munirah

Selasa, Oktober 13, 2009

Sambutan Aidilfitri & Hari Guru Meriah

Sambutan Hari Raya Aidilfitri
&
Hari Guru
10hb Oktober 2009M - Sabtu
Dewan SMALHB
.
Dewan SMALHB bertukar wajah! dewan dihias oleh para pelajar berkonsepkan hari raya diselajuri dengan sambutan hari guru. Syabas diucapkan kepada semua pelajar tingkatan 6 bawah kerana dapat mengendalikan 2 majlis dalam satu sebagai hadiah istimewa kepada para guru.
.
.
Di samping kemeriahan aidilfitri yang masih terasa dengan pelbagai juadah dan kuih-muih raya, pelbagai acara juga telah disusun antaranya, persembahan dikir barat, sketsa dari pelajar-pelajar perempuan asrama, nyanyian, hadrah, sketsa hari guru, cabutan angka bertuah dan 'exchange gifts'.
.





.
Hadrah antara trademark SMALHB sejak dulu lagi..
.
.
"Ermm~sedih bebeno Nazehah menatap kad raya & potret 'ibu' nya..hehe..ambil feel tu !"
.
.
" Gaul rendang tu dik ! kalau siap nanti dapat makan dengan lemang ! "
.
.
"Bisai bisdurang ani..main bunga api di pentas..tak ajak kami pun !"
.






Sabtu, Oktober 10, 2009

Majlis Memperingati 50 Tahun Perlembagaan Bertulis (Bahagian 2)

Tayangan Majlis Menandatangani Perlembagaan 1959
&
Taklimat Perlembagaan 1959
Dari Pusat Sejarah & Jabatan Mahkamah
5hb Oktober 2009M-Isnin
Dewan SMALHB
.
Majlis memperingati 50 tahun Perlembagaan Bertulis 1959 diteruskan lagi pada sebelah petang dengan tayangan dari Pusat Sejarah memperlihatkan secara dekat kepada kita generasi baru , sejarah dan detik-detik Brunei berjaya memiliki perlembagaan sendiri.
.




.
Wakil penceramah dari Jabatan Mahkamah Negara ialah Yang Mulia Puan Asmah binti Haji Abdul Majid yang juga bekas pelajar SMALHB pada tahun 1998M sebelum beliau melanjutkan pengajian beliau ke UIA, Malaysia.
.
.
Di akhir taklimat, sesi soal-jawab dibukakan kepada warga dewan berkenaan dengan apa jua perkara yang berkait-rapat dengan perlembagaan / undang-undang.
.




Isnin, Oktober 05, 2009

Majlis Memperingati 50 Tahun Perlembagaan Bertulis (Bahagian 1)

Majlis Memperingati 50 Tahun Perlembagaan Brunei 1959
Tetamu Kehormat : Pemangku Pengarah JPI
Tempat - Dewan SMALHB
Tarikh - 5hb Oktober 2009M
.
.
Acara dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Ahmad Zulwaqar bin Suhaili dan terjemahannya oleh Mohd Haiqal bin Abd. Hamid bermula dari ayat 20-25, Surah Al-Anfal.
.
.
Majlis gilang-gemilang ini berjaya mengumpulkan ketujuh-tujuh buah sekolah arab di seluruh negara dan sebuah institut tahfiz bagi sama-sama meraikan kejayaan Kerajaan Brunei memiliki perlembagaan / undang-undang sendiri dari ikut campur tangan pihak British.
.






.
Pemangku Pengetua SMALHB dalam ucapannya antaranya menyatakan rasa syukur kejayaan majlis ini adalah juga di atas kerjasama semua pihak yang bertungkus-lumus dalam waktu yang singkat dan membuktikan bahawa sekolah-sekolah arab dan institut tahfiz adalah bersatu untuk sama-sama mengembangkan dan melahirkan cendiakawan-cendiakawan Islam yang intelektual.
.

.
Acara diteruskan dengan persembahan Syair Perlembagaan Brunei karangan Al-Marhum Sir Muda Omar Ali Saifuddin oleh Norhanani Haji Abd Wahab.
.
.
Pelajar-pelajar Ma'Had Islam Brunei juga menyerikan majlis pagi itu dengan persembahan tausyeh.
.
.
Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai "As-Syams" dari SUAMP RIPAD juga memberikan persembahan yang bertenaga menerusi pukulan hadrah.
.

.
Antara para jemputan yang hadir.
.


.
Kemuncak acara ialah persembahan gabungan sketsa dan puisidra dari SMALHB bertemakan "Perlembagaan Brunei 1959". Persembahan yang menggamatkan suasana di dalam dewan ini turut mendapat pujian dari pelbagai pihak luar dan para jemputan.
.
.
Tok bomoh main jampi lah pulak...
.
.
Di manakah ikrar dan persaksianmu kepada Allah dan Rasul ? Sedarlah....
.
.
Mengapa tidak kau sahut azan itu ? Tidakkah kau mahu menegakkan tiang agama? Sedarlah...
.
.
Adakah kau ingin menjejakkan kakimu ke rumah Allah ? Sedarlah...
.








.
Pemangku Pengarah Jabatan Pengajian Islam berkesudian menyampaikan cenderahati dan sijil kepada sekolah-sekolah yang ikut-serta dalam pameran di Galeri SMALHB sempena majlis tersebut.
.



.
Selain SMALHB yang memang memiliki Galerinya sendiri, pihak SMALHB juga menjemput beberapa buah sekolah arab untuk memeriahkan majlis ini dengan mengadakan pameran. Antaranya ialah pameran dari Sekolah Persediaan Arab BSB, SUAMP RIPAD, Ma'Had Islam Brunei dan Institut Tahfiz Al-Quran SHHB.
.