Program Lawatan Ke Kota Kinabalu (Bahagian I)
Bermula 1hb Disember - 5hb Disember 2009M
Anjuran : Ko-Kurikulum SMALHB
.Buat julung-julung kalinya, SMALHB menganjurkan lawatan ilmiah ke Kota Kinabalu, Sabah dibukakan kepada penuntut-penuntut Tingkatan 6 Atas yang sedang bercuti. Seramai 44 orang penuntut termasuk beberapa orang guru dan ahli keluarga penuntut turut serta memeriahkan program anjuran Ko-Kurikulum ini bertujuan untuk mengisikan waktu cuti para penuntut dengan perkara-perkara berfaedah dan dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara satu dengan lain.
..Program di hari pertama setelah sampai ke Kota Kinabalu kira-kira jam 2 petang adalah bersiar-siar di kawasan Bandar raya Kota Kinabalu yang merupakan pusat perdagangan dan industri yang utama terletak berhadapan dengan Laut China Selatan. Kota Kinabalu mencapai taraf bandar raya pada 2hb Februari 2000 dan membangun pesat hingga ke hari ini.
..Pada hari kedua, rombongan bertolak ke kawasan pergunungan Kinabalu. Sepanjang perjalanan yang mengambil masa kira-kira 4 jam dari bandaraya Kota Kinabalu ini, rombongan dapat melihat secara dekat keindahan dan kehijauan flora serta udara yang segar jauh dari hiruk-pikuk kota. Rombongan singgah di Pekan Nabalu, salah sebuah pekan terdapat di kawasan pergunungan yang terkenal dengan hasil kraftangannya yang unik.
.Panaroma di Menara Pekan Nabalu
..Rombongan menginap di Strawberry Garden Hotel, kira-kira 3 km dari Kinabalu National Park. Pemandangan tenang di sekeliling dengan kehijauan dan gunung-ganang seluas saujana memandang menambahkan lagi semangat para penuntut.
..Strawberry Garden Hotel bukan saja menawarkan pemandangan dan penginapan yang selesa, malahan ia juga memiliki Taman Buah Strawberry nya sendiri dan Taman Bunga Ros sesuai dengan cuaca kawasan pergunungan yang sejuk untuk penyemaian dan pemeliharaan.
.." Apa kata kitani tanam di Brunei & buat bisnes ? " nya si Asdey..hehe
..Silaturrahim antara penuntut jelas terpancar serta semakin akrab
..Selesai sahaja dari menunaikan Sembahyang Jamak berjemaah, rombongan terus menuju ke Pekan Ranau untuk menjamu selera dan bersiar-siar.
..Program terus dilanjutkan dengan melawat kawasan Air Panas Poring, kira-kira 2 jam perjalanan dari tempat penginapan. Poring terkenal sebagai salah satu destinasi perlancongan di mana para pengunjung berpeluang melihat sendiri dan mandi di kawasan air panas semula jadi ini. Selain itu juga, kawasan ini terdapat pelbagai spesis flora, taman rama-rama, jambatan gantung dan pelbagai lagi tarikan pelancong yang lain.
..Untuk kemudahan para pelawat, beberapa kolam kecil dan sederhana turut dibina untuk kemudahan para pelawat mandi bersama-sama keluarga sama ada tempat mandi secara terbuka ataupun tertutup.
..Kedai kraftangan terdapat di Poring
..Program pada waktu malam diteruskan selepas Solat Jamak Maghrib dan Isyak dengan aktiviti berupa 'team-work' di dalam berkumpulan. Setiap wakil di dalam kumpulan akan menggayakan apa yang diarahkan soalan dan kumpulannya akan meneka gerak yang dilakonkan. Kumpulan lelaki berjaya memenangi acara ini dengan markah penuh.
.."Rasa-rasanya apa yang dilakonkan si Faez ani aaa~? hehe.."
.."Laaa~~ lain dilakonkan, lain jawapan bisdia ani sampai ketawa-ketawa.."
..Foto : courtesy of Azhar, Tykah, Reyan hK, Noyyumz, Asdey, Munirah