Isnin, Disember 07, 2009

Lawatan Ke Kota Kinabalu Bahagian 2

Program Lawatan Ke Kota Kinabalu (Bahagian 2)
Bermula : 1hb Disember - 5hb Disember 2009M
Anjuran : Ko-Kurikulum SMALHB
.
Pada hari ketiga lawatan, rombongan dibawa masuk ke Kinabalu National Park. Udara yang segar dan sejuk di pergunungan Gunung Kinabalu ini memberikan semangat para penuntut melihat sendiri gahnya Gunung Kinabalu, gunung keempat tertinggi di Asia Tenggara.
.
.
Para penuntut berjalan melihat keindahan panorama kawasan pergunungan Kinabalu sehingga berada di ketinggian 1800 meter dari paras laut.
.
.
"Beapa saja bisdia ani~ ? *wink*"
.
.
Replika Bunga Raflesia yang terdapat di Kinabalu National Park
.
.
Pada sebelah petang hari yang sama, rombongan dibawa melawat ke kilang coklat terbesar di Sabah yang berada di Tanjung Aru. Cocoa Boutique menyajikan dan menjual pelbagai jenis coklat berperisa. Antara perisa yang unik terdapat di kilang tesebut ialah coklat berperisa cili dan durian.
.
.
" Haa~ bisdia pantang melihat coklat..senyum lebar tarus tauke kilang..hehe.. "
.

.
Hari keempat lawatan diisikan dengan program Riadhah ke Pulau Manukan. Sabah memang terkenal dengan keindahan pulau-pulaunya dan Pulau Manukan merupakan antara pulau yang penuh tarikan para pelancong yang berkunjung ke Kota Kinabalu.
.
.
" Jangan lupa pakai Losyen aaa~ "
.




.
Antara aktiviti yang dilakukan semasa di pulau ialah seperti "Warming Up", Volleyball, 3 sekaki dan berenang.
.
.
Jaguh-jaguh Volleyball..hehe
.

.
Selain dari keaslian panorama Pulau Manukan, ia juga menawarkan pelbagai kemudahan seperti tempat tinggal "Chalet", restoran-restoran, kayak dan bermacam-macam lagi.
.
.
Peninggalan sejarah juga turut dipamerkan di beberapa sudut di pulau ini.
.

.
Bergambar ramai di Warisan Square
.

.
Surprise !! Khairul Anam dikejutkan dengan Birthday Cake sewaktu pulang ke Brunei Darussalam pada 5hb Disember 2009M. Happy Birthday to u~
.
.
Foto : courtesy of Azhar, Tykah, Reyan hK, Noyyumz, Asdey, Munirah

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

urg smalhb ane...mlwat smpi ke kk,ke pulau2 jdi kbngaan sja...mun ada gmbr2 kmu yg brpakaian2 yg TIDAK menutup awurat a2 jgnth dpmir2kn,memalukn saja..skulah arb pada nma sja~urgnya larap2

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah..
lawatan SMALHB ke KK ani bukan sja ada banyak guru mematai2..tapi family pelajar pun ada sebahagian yang ikut serta menjadi penjaga bisdurang..jadinya soal buka aurat di pantai atau tempat terbuka inda timbul dan alhamdulillah inda terjadi dalam trip ani...