Taklimat Bakal-Bakal Penuntut Pra-U I Sesi 2010M
Dewan SMALHB
29hb Disember 2009M - Selasa
9.00 pagi hingga 11.30 pagi
.Dewan SMALHB
29hb Disember 2009M - Selasa
9.00 pagi hingga 11.30 pagi
Satu taklimat dan penerangan kepada bakal-bakal penuntut Pra-U I pengambilan sesi akademik 2010 Masihi telah berlangsung yang dipengerusikan oleh Pemangku Pengetua SMALHB. U. Hajah Asmah binti Haji Randah.
.Taklimat yang mengumpulkan kira-kira 150 orang bakal penuntut baru ini bertujuan memberikan gambaran yang lebih jelas pemilihan jurusan-jurusan yang ditawarkan oleh SMALHB iaitu ; Jurusan Syariah, Usuluddin, Lughah Arabiyyah dan Sains (akan dibukakan setelah keputusan O Level keluar kelak).
.
Pemangku Pengetua juga dalam taklimatnya menekankan bahawa peluang keluar negara di bawah skim khas di SMALHB adalah lebih cerah di mana banyak biasiswa telah dibukakan bagi pelajar-pelajar cemerlang SMALHB. Kerana itu, beliau terus menasihati bakal-bakal penuntut Pra-U I untuk menanam keazaman yang lebih kuat dan bersedia dari segi fizikal dan mental.
..

Sesi soal jawab juga dibukakan kepada bakal-bakal penuntut mengajukan sebarang persoalan dan kemusykilan yang berbangkit.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan