Sabtu, Disember 06, 2008

Persembahan Malam Kebudayaan

PURIH BANGSA



SMALHB diundang menjayakan pementasan puisidra berkolaborasi dengan SUAMPRIPAD sempena malam kebudayaan puja usia KDYMM yang lalu.

Dengan bertema 'Purih Bangsa', para pelajar dari kedua buah sekolah ini berjaya menterjemahkan sajak karya Syukri Zain ini dalam bentuk puisidra 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris di Bandar Seri Begawan.

Lakonan cemerlang dari kedua buah sekolah ini mendapat pujian dan tempat di hati penonton yang hadir.

Usaha seorang ayah yang tidak kendur-kendur menasihati anaknya supaya kembali ke pangkal jalan.



Gema alunan suara penyajak-penyajak dari kedua buah sekolah memukau persembahan malam tersebut.



Kolaborasi mantap antara pelajar-pelajar SMALHB dan SUAMPRIPAD

Penghayatan setiap bait-bait sajak menjadikan persembahan ini antara yang terbaik pada malam Kebudayaan tersebut.

Di belakang pentas...


Sehari sebelum persembahan, latihan penuh diadakan bagi memantapkan malam Kebudayaan.

أجيال الأمة
Purih Bangsa – A nation's Posterity
Syukri Zain


Brunei..Tanahair kita..
Warisan berkurun lamanya..
Budaya Melayu teras bangsa..
Islam cara hidup kita..

بروناى مسقط رأسنا..
تراث قرون ممتدة طويلة..
ثقافة الملايو جوهر أمتنا..
إسلامنا أسلوب حياتنا..

Brunei, land of our birth..
Heritage of a thousand years..
Malay culture the essence of the nation..
Islam..its way of life..


Kita purih pancir mulia..
Tabah gagah berhemah tinggi..
Bermaruah dan berperibadi..
Bersopan sedar harga diri..

إننا ننحدر من أصل كريم..
شعب ذو جلد وهمة عالية..
ذو قوة ومروءة.. وشخصية مميزة..
وإننا نعرف قيمة أنفسنا..

We..the descendants..illustrious..forward..
Resolute..dauntless with high ideals..
Self-respecting and with personality..
Well-mannered and dignified..

Masa depan penuh cabaran..
Kita ungkayahkan dengan iman..
Dengan ilmu bakti setia..
Ikhlas amanah kerana Allah..

المستقبل مفعم بصور التحديات..
وفى سبيل الله كلنا نجاهد..
بالعلم والإيمان والتفانى..
بالصبر والإخلاص والثقة..
The future's full of challenges..
For God we strive..
With faith, knowledge and dedication..
With allegiance, sincerity and trust..


Bangunkan kemakmuran..
Pelihara keamanan..
Teguhkan kedaulatan..
Tegakkan keadilan..
Junjunglah kebenaran..
Hidupkan kerohanian..
Ajaran Allah kita turutkan..

أقم الرخاء والسلام..
ودعم العدل والسيادة..
احترم الحقيقة..
ابتعث الروحانية بهيجة..
واتبع تعاليم خالق الأنام..

Build up prosperity..
Safeguard peace..
Strengthen our sovereignty..
Uphold justice..
Respect the truth..
Restore spirituality..
Follow the teachings of Allah..


Tegak bersatu mendukung Negara..
Brunei sejahtera bumi tercinta..
Taat setia rakyat bahagia..
Di bawah naungan sultan kita..

استقم واتحد..واعمل واجتهد..
من أجل أمتك..
بلادنا أرض الأفئدة..
وناسها مخلصون..مفعمون بالسعادة..
فى كنف سلطاننا المجيد..

Upright, united, work for the nation..
Brunei, land of all our hearts..
Faithful and happy, the people..
Beneath our sultan's protection..












Tiada ulasan: