Khamis, Disember 04, 2008

Aktiviti Jabatan Bahasa Arab

Treasure Hunt - "Fattish Annil Kunuz"

Pada penggal persekolahan kedua yang lalu, Jabatan Bahasa Arab telah berjaya mengungkayahkan aktiviti Treasure Hunt atau di dalam Bahasa Arabnya "Fattish Annil Kunuz" di Muzium Kota Batu sebagai satu langkah memperkayakan tatabahasa Bahasa Arab para pelajar. Seramai 21 orang pelajar Tingkatan Enam Bawah dan guru-guru di bawah jabatan ini telah mendapat kerjasama baik dari pihak muzium untuk menjalankan aktiviti ini.

Para guru yang bertugas sepanjang aktiviti Treasure Hunt bertungkus-lumus menyediakan tugasan-tugasan sepanjang aktiviti ini dijalankan.

Tugasan-tugasan yang diberikan kepada pelajar-pelajar sepanjang aktiviti ini disemak oleh guru-guru yang bertugas sebelum diberi tugasan seterusnya.

Juara Treasure Hunt "Fattish Annil Kunuz" wakil dari kelas Tingkatan Enam Bawah Sains 'Ramadi', Ahmad Khursyid dan Nazeerul Wafiq kerana berjaya menghabiskan kesemua 6 tugasan yang telah diberikan.

Rata-rata para pelajar melahirkan puas hati dan berharap aktiviti sebegini dapat dilaratkan di masa-masa akan datang.


Tiada ulasan: