Rabu, Disember 31, 2008

Penyampaian Hadiah Pelajar-Pelajar Cemerlang

Penyampaian Hadiah Pelajar-Pelajar Cemerlang Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008M
27hb. November 2008M
Khamis

Seperti menuai hasil setelah penat lelah menanam selama lebih kurang setahun, begitulah juga dapat diumpamakan kepada penerima-penerima hadiah cemerlang di mana pihak SMALHB juga tidak lupa meraikan kejayaan kepada mereka yang telah mencapai keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan akhir tahun yang lalu.

Bertempat di Dewan SMALHB, acara yang merupakan penutup tirai penggal persekolahan bagi tahun 2008M ini meraikan 21 pelajar-pelajar dari 7 buah kelas yang mendapat hadiah terbaik dalam kelas masing-masing.
.
Sebelum majlis ini melabuh tirainya, 3 orang pelajar dari Tingkatan 6 Bawah dinobatkan sebagai pelajar paling cemerlang dan menonjol dari segi kecemerlangan mereka dalam akademik dan juga kegiatan sepanjang tahun 2008M. Mereka ialah :
.
Pelajar Cemerlang Akademik & Kegiatan
NORAIN BINTI HAJI AWANG OTHMAN
.
Pelajar Cemerlang Akademik
DYG MUNIRAH BINTI AWANG HAJI MAHALI
.
Pelajar Cemerlang Kegiatan
MD ASDEY HAZABULLAH BIN HAJI MOHD ZAIN
.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima hadiah dan semoga ianya menjadi pemangkin dan penyuntik semangat kepada pelajar-pelajar lain agar terus berjaya lebih cemerlang di masa-masa akan datang.



Pelajar Cemerlang Akademik & Kegiatan 2008M

Isnin, Disember 29, 2008

Riadah di Taman Peranginan Tasek

Riadah di Taman Peranginan Tasek Lama
18hb. November 2008.
.
Kombinasi idea-idea antara Unit Ko-Kurikulum SMALHB dan AJK penuntut Unit Sukan telah berjaya mencetus satu inovasi dalam program riadah dengan menjalinkan acara sukan, teamwork berpasukan dan aktiviti memelihara kecantikan serta kebersihan alam semulajadi pada pagi Selasa, 18hb November 2008M yang lalu di Tasek Lama, di ibu kota.




Aktiviti bermula dengan acara pemanasan badan 'warming up' dan seterusnya merentas melalui laluan 'hiking' yang telah disediakan.
.


Pelbagai acara telah disusun dan dijayakan oleh para pelajar. Antaranya ialah acara 'Rubic Cube' dan lari berhalangan antara penuntut-penuntut.





Acara kemuncak pada pagi itu ialah Treasure Hunt antara 6 kumpulan. Setiap kumpulan diberi 6 tugasan dan perlu diselesaikan kesemuanya untuk mendapatkan harta yang tersembunyi. Pelbagai halangan yang perlu ditempuhi sebelum setiap peserta mendapat soalan pembayang yang seterusnya.


Mencuci muka dengan air mata air di kawasan Tasek antara tugasan yang perlu dilakukan setiap peserta.

Semangat patriotik bernegara ditunjukkan di wajah-wajah tunas bangsa sambil membawa beg sampah untuk diisi daun-daun kering.


'Lalu .. lalu .. tumpang lalu ku arah dapan kita ah..'



Treasure Hunt menggabungkan unsur-unsur semangat kerja berpasukan, kesefahaman antara satu dengan lain, menepati masa, moral sivik positif dan menjaga kebersihan alam semulajadi merupakan tema yang diangkat selaras dengan konsep MIB.



Berbuai dalam masa 2 minit antara tugasan sebelum mendapat pembayang seterusnya.


'Ngiat Ensong Mata Aji..Semar Ngisenggg.....'



Acara Riadah berakhir kira-kira jam 12 tengahari dan semua pelajar dan guru-guru balik ke sekolah untuk menunaikan sembahyang Fardhu Zuhur.

Ahad, Disember 28, 2008

Pertandingan Tausyeh Kelas-Kelas

Pertandingan Tausyeh antara kelas-kelas tingkatan 6 Bawah 2008M
17 hb. November 2008M

Sebanyak 7 kelas tingkatan 6 bawah sesi akademik 2008M menyertai pertandingan yang mengambil tempat di dewan besar SMALHB. Antara tujuan pertandingan ini adalah untuk menghidupkan lagi tausyeh di kalangan generasi baru khasnya yang sentiasa malar segar di halwa telinga para pendengar.

Setiap kumpulan telah mempamerkan persembahan dan mutu vokal yang baik walaupun masa latihan adalah terhad. Syabas diucapkan kepada semua kumpulan dan sekalung tahniah kepada semua pemenang.








Juara Pertandingan Tausyeh dirangkul oleh kelas "Burtuqali".



Naib johan dari kelas "Bunni".


Manakala tempat ketiga disandang oleh kelas "Rummani".

Selasa, Disember 23, 2008

Sukan Ria

SUKAN RIA
SEMPENA AKHIR PERSEKOLAHAN 2008
13HB DISEMBER 2008
.
Bagi memeriahkan lagi suasana di akhir-akhir penggal persekolahan, aktiviti sukan ria telah diadakan oleh Unit Sukan SMALHB. Di antara aturcara sukan ria pada hari tersebut ialah Sesi memanaskan badan, Lari ikat kaki, mengisi air dalam botol, membaling batu bata dan beberapa pertandingan yang bukan berunsurkan sukan juga diselitkan bagi memeriahkan lagi kegiatan pada hari tersebut.








"Hang Tuah dan Hang Jebat...."
.
"Macam P.Ramlee dan R. Azmi kan kami ani.. "
.
"Kerusi ni kan tuan baru beli..ada kusyen lagi.."









Jumaat, Disember 12, 2008

Kursus Jenazah

Kursus Jenazah
12hb November 2008
Hari Rabu
.
Satu kursus jenazah untuk penuntut-penuntut 6 Bawah SMALHB telah diadakan sempena akhir persekolahan di Bilik Serbaguna bagi penuntut perempuan dan di Dewan Besar SMALHB bagi penuntut lelaki. Pengursus telah didatangkan oleh pihak dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.
.
Diantara perkara yang telah disampaikan oleh pengursus pada hari tersebut ialah tentang hukum pengurusan jenazah itu sendiri iaitu Fardhu Kifayah, syarat-syarat memandikan mayat, syarat-syarat mengafankan mayat dan seterusnya cara memandikan dan mengafankan mayat. Pengursus juga tidak lupa mengenalkan barang-barang yang digunakan sebelum menunjukkan cara memandikan dan mengafankan mayat.
.























Dengan adanya kursus seperti ini akan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan serta pengalaman dalam menguruskan jenazah dengan lebih sempurna dan lengkap. Diharapkan kursus seperti ini akan dapat diadakan lagi dimasa-masa akan datang.