Isnin, Julai 12, 2010

SMALHB Juara Pidato Pra-Universiti

Pertandingan Akhir Pidato Pra Universiti Senegara Kali Pertama
Tempat : Auditorium Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah
7hb Julai 2010M - Rabu
8.30 pagi
.
Teks oleh Hasrulraizan - Media Permata bertarikh 8hb Julai 2010M
.
Ak. Mohd Ridhauddin bin Pg. Mohd Amin dari SMALHB menepati ramalan ramai bagi merangkul gelaran juara Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Pra Universiti Senegara Pertama Peringkat Akhir 2010.
.
Tetamu Kehormat pertandingan, Hajah Aminah binti Haji Amin, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.
.
.
Juara dari SMALHB yang berusia 19 tahun itu dijangka menjadi johan selepas mendapat markah tertinggi di Peringkat saringan yang telah diadakan pada 22 Jun lalu dengan markah 89.38 peratus. Beliau bahkan memperbaiki markahnya di peringkat akhir dengan mendapat 90.7 peratus.
.

.
Membawakan pidato yang bertajuk " Rasuah ancaman kepada negara " secara interaktif sehingga mampu membawa hadirin sama-sama melaungkan slogan " Kami Anti Rasuah " sambil menyelitkan elemen-elemen humor hingga membuatkan hadirin ketawa, beliau turut terpilih selaku penerima Anugerah Pemidato Harapan selain Trofi Juara.
.
.
Seluruh dewan sama-sama menyahut slogan " Kami Anti Rasuah " dengan semangat
.
.
Muncul selaku naib johan ialah pelajar dari tuan rumah, maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Nurul Shadah binti Samat. Manakala wakil dari PTE Maragang, Dk. Nuratul Ain binti Pg. Musa di tempat ketiga.
.
Naib Juara di pertandingan tersebut
.
.
Finalis dari Jerudong International School (JIS)
.
.
Bergambar ramai bersama-sama Tetamu Kehormat di akhir majlis
.

.
Keriangan terpancar di wajah masing-masing di atas kejayaan yang diraih
.
.
Bersama-sama dengan peserta simpanan dan guru-guru pembimbing pemidato SMALHB
.
.
Kejayaan dikongsi bersama dengan rakan-rakan yang turut hadir memberi sokongan padu
.
.
Wawancara untuk Media Permata
.

Ahad, Julai 11, 2010

Kelab Quran Maktab Duli Lawat Kelab Syababul Quran

Kelab Al-Quran MD Kunjungi Kelab Syababul Quran
5hb Julai 2010M - Isnin
2.30 petang
.
SMALHB melalui Kelab Syababul Quran berbesar hati apabila dikunjungi oleh Kelab Al-Quran dari Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah. Antara tujuan lawatan tersebut adalah melihat secara dekat lagi fungsi dan perjalanan Kelab Syababul Quran melalui pengajaran Tarannum Al-Quran dan Tausyeh di samping bertukar-tukar fikiran antara kedua buah institusi Pra-Universiti ini.
.
Kelab Al-Quran dari MD turut serta dalam pembelajaran tarannum
.
.
Pembimbing Syababul Quran yang juga mantan pelajar SMALHB dan juga Qari negara, Ustaz Awg Mohd Zulhafiz bin Haji Tengah.
.




.
Persembahan tausyeh di akhir persembahan dari Syababul Quran
.

.
Penuntut-penuntut Kelab Al-Quran Maktab Duli berkesudian melawat ke galeri SMALHB sebelum bersurai.
.



Isnin, Julai 05, 2010

Peperiksaan Kelayakan STPUB

SMALHB mengucapkan SELAMAT BERJAYA dan BITTAUFIK WANNAJAH kepada :
.
Semua penuntut-penuntut Tingkatan Enam Atas
.
dalam Peperiksaan Kelayakan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama
.
yang bermula pada :
.
5hb Julai 2010M hingga 21hb Julai 2010M

Sabtu, Julai 03, 2010

SMALHB Terima "Anugerah BerdayaTahan Menuju Hijau"

Persidangan Alam Sekitar Kebangsaan Kali ke 3
Tempat : Empire hotel & Country Club
1hb Julai 2010 - Khamis
.
Dengan membawa tema " Sustainability and Growth ; Can We Have Both ? " atau " Berdaya Tahan dan Pertumbuhan ; Mampukah Mencapai Kedua-duanya ", persidangan anjuran Aisa Inc. Forum ini berjaya menampilkan beberapa tokoh dan ketua pemikir dari dalam dan luar negara dalam membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan alam sekitar serta pembangunan ekonomi berdaya tahan di negara ini.
.
"Jabatan-jabatan Kerajaan, masyarakat, peniaga dan orang ramai mestilah mengotakan apa yang dikata "walk the talk" ke arah mencapai "eko-efisien", tegas Menteri Pembangunan, Pehin Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman dalam ucapannya.
.
.
Eko-efisien boleh dicapai melalui aktiviti harian seperti mengurangkan penggunaan beg plastik dengan menggunakan beg guna semula, penggunaan produk-produk dan peralatan-peralatan tenaga efisien dan sebagainya yang difikirkan wajar.
.



.
SMALHB melalui Kelab Tenaganya bersama-sama agensi-agensi lain turut membuat Pameran Hijau dengan mempersembahkan projek-projek hijau dan produk mesra alam bagi mendidik orang ramai mengenai pentingnya mengurangkan, guna semula dan kitar semula serta perubahan set minda ke arah pemulihan alam sekitar.
.
.
Menteri Pembangunan ketika melawat pameran dari Kelab Tenaga SMALHB
.

.
Antara bukti sokongan SMALHB terhadap senario alam sekitar dewasa ini dengan sama-sama turun padang menyertai aktiviti melukis dan mewarna poster bertemakan ke arah kehijauan.
.


.
Manakala pada sebelah petang bertempat di Teater Empire telah berlangsung penganugerahan beberapa anugerah kepada organisasi dan perseorangan di negara ini di atas inisiatif cemerlang dalam amalan-amalan alam sekitar berdayatahan.
.
.
Cikgu Saedah binti Haji Ismail bersama-sama Presiden dan Naib Presiden Kelab Tenaga SMALHB ketika dianugerahkan "Anugerah BerdayaTahan Menuju Hijau" bagi kategori sektor pendidikan.
.

.
Tahniah diucapkan kepada Kelab Tenaga di atas kejayaan berganda. Kejayaan Kelab Tenaga ini adalah kejayaan berturut apabila pada tahun lepas kelab ini turut diiktiraf dengan Anugerah Contoh Inisiatif Bagi Kecekapan dan Penjimatan Tenaga bagi Sektor Bangunan Pendidikan.
.