Sabtu, Mei 08, 2010

Hari Mesra Pelanggan Kementerian Pembangunan, Hari Bumi dan Hari Air Sedunia

Majlis Pelancaran Hari Mesra Pelanggan (HMP) 2010
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
diselajurkan dengan
Hari Bumi dan Hari Air Sedunia
Hari: Isnin 18 Jamadil Awal 1431H bersamaan 03 Mei 2010M
Bertempat: Dalam & Kawasan Kementerian Pembangunan
.
Kementerian Pembangunan dengan visi Pembangunan Berterusan Kehidupan Berkualiti Negara Makmur telah mengungkayahkan satu majlis yang bertemakan "Brunei Darussalam yang Bersih, Hijau dan Indah, Air Bersih bagi Bumi yang Subur."

.
Pelajar kelas Pra U I Sains Ramadi bersama 3 orang Guru Pengawas telah menghadiri Majlis Perasmian dan Pameran yang diadakan di Pejabat Kementerian Pembangunan ini.
.





.
Perasmian ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.
.
.
Antara acara yang mengambil tempat di majlis ini ialah Penyampaian hadiah kepada pemenang:
  1. Peraduan Lukisan (Dibukakan kepada Penuntut-penuntut Sekolah Rendah)
  2. Digital Art (Dibukakan kepada Penuntut-penuntut Sekolah Menengah)
  3. Skulptur (Dibukakan kepada Penuntut Menengah 6 hingga ke peringkat Universiti)
  4. Fotografi (dibukakan kepada Orang ramai)
Empat orang pelajar SMALHB telah berjaya di dalam peraduan bagi kategori mencipta Skulptur iaitu Mohd Kamal Ariffin bin Ismail dengan mendapat tempat Ketiga. Manakala tiga lagi pelajar mendapat hadiah saguhati iaitu Muhd Baihaqi @ Muhd Bazli bin Hj Bidin, Norhanani binti Hj Abd Wahab dan Dk Siti Nursu'aidah binti Pg Tajuddin. Syabas dan tahniah kepada mereka.
.










.
Pelajar juga berkesempatan untuk meninjau pameran dari Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pembangunan yang memperkenalkan fungsi jabatan masing-masing.
.
.
Skulptur hasil Kamal Ariffin (kanan) memenangi tempat ketiga berupa wang tunai 200 ringgit dan skulptur rekaan Norhanani (kiri) mendapat saguhati berupa wang tunai 100 ringgit.
.






Isnin, Mei 03, 2010

Lawatan SPAB dan SUAMPRIPAD ke Galeria dan Bilik Pemeran SMALHB

Lawatan Sekolah Persediaan Arab BSB dan SUAMPRIPAD
Ke Galeri dan Bilik Pameran
29hb April & 1hb Mei 2010



.
Lawatan sambil belajar ini antara lain bertujuan melihat secara dekat lagi latar-belakang sekolah dan perjalanan SMALHB sepanjang lebih 40 tahun usia penubuhannya dari segi pencapaian di dalam mahupun di luar sekolah.
.
.
Kolam ikan SMALHB turut menjadi perhatian para penuntut dan pelawat
.
.
Para penuntut menuju ke Bilik Pameran sekolah-sekolah arab di Bangunan ICT SMALHB
.











SMALHB Naib Johan Pertandingan Hadrah Bagi 2 Kategori

Pertandinga Hadrah maktab-maktab dan Sekolah-Sekolah Menengah Senegara Kali Ke 28
(Peringkat Akhir)
Tuan Rumah : Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI)
1hb Mei 2010 - Sabtu
.
Sebanyak 12 pasukan terdiri dari 6 buah pasukan lelaki dan 6 buah pasukan perempuan berentap untuk merebut gelaran juara dalam pertandingan yang diadakan di Auditorium STPRI. Hadir sebagai tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dyg Hajah Aminah binti Haji Momin.
.
.
Antara objektif pertandingan tersebut jelas tetamu kehormat ialah untuk mengenal dan memahami serta menyuburkan rasa cinta terhadap seni permainan hadrah ini supaya ia tetap segar selari dengan peredaran sejagat yang kian pesat dan bertali arus. Di samping itu juga, pertandingan ini dihasrat dapat lagi memupuk sikap satu padu dan kerjasama di dalam institusi berkumpulan.
.









.
Johan pasukan lelaki pertandingan pada hari itu disandang oleh pasukan dari Sekolah Menengah Pehin Dato Seri Maharaja Mentiri sekaligus merebut gelaran juara selama 4 tahun berturut-turut. Manakala SMALHB meraih Naib Johan dan Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar di tempat Ketiga.
.
.
SUAMP RIPAD berjaya mempertahankan kejuaraan mereka buat kali kedua berturut-turut bagi kategori perempuan. Manakala Pasukan perempuan SMALHB dan pasukan tuan rumah selesa menyandang Naib Johan dan Ketiga.
.


.
Tahniah diucapkan bagi kedua-dua pasukan SMALHB kerana berjaya mengharumkan nama sekolah dan sekalung penghargaan buat para pelatih yang berjaya membentuk persembahan yang menarik di peringkat akhir ini.