Rabu, Julai 29, 2009

Sebelum Menempuhi Peperiksaan STPUB....

Sembahyang Hajat Sebelum Menempuhi Peperiksaan STPUB 09M & Terhindar Dari Segala Penyakit
Jame 'Asr Hassanal Bolkiah, Kg. Kiarong
Semua Warga SMALHB & Ibu Bapa Penuntut
23hb Julai 2009M - Khamis
Pagi
.
Sebagai salah satu usaha sebelum menempuhi peperiksaan STPUB pada tahun ini, SMALHB di bawah kelolaan Hal Ehwal Pelajar mengadakan Sembahyang Hajat memohon agar semua pelajar calon STPUB tahun ini memperolehi keputusan yang membanggakan dan lulus cemerlang.
.

.
Para guru dan sebahagian pelajar yang membantu melicinkan majlis berkebajikan ini
.
.
.
" Temperature kena check jua sebelum masuk ruang utama Jame...thank you for the co-operations~ "
.
.
.
Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran para ibu bapa / penjaga penuntut Tingkatan 6 Atas dan beberapa pegawai dari JPI.
.
.
.
.
Selesai menunaikan Sembahyang Hajat, sidang jemaah sama-sama membaca zikir tolak bala memohon agar negara kita amnya terpelihara dari segala keburukan, malapetaka, penyakit dan sebagainya.
.
.
Pemangku Pengarah JPI turut hadir pada pagi tersebut bersama-sama para ibu bapa dan warga SMALHB.
.
.
Acara diteruskan lagi dengan satu ceramah motivasi yang disampaikan oleh Penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiyyah, Yang Mulia Drs. Haji Ismuhadi bin Abdullah.
.
.
.
.
.
.
.
.
Selepas sedikit jamuan dan ibu bapa / penjaga beredar pulang, SMALHB meneruskan acaranya dengan membaca Al-Quran 30 juz mengikut pembahagian yang telah ditetapkan.
.
.
.
.
.
.
.
.
Majlis selesai sekitar jam 11 pagi dan para pelajar balik ke SMALHB dengan perkhidmatan bas / van yang disediakan.

Sabtu, Julai 25, 2009

JPI di Jame 'Asr Hassanal Bolkiah

Solat Sunat Hajat & Doa Tolak Bala
Anjuran Jabatan Pengajian Islam
21hb Julai 2009M - Selasa
Jame 'Asr Hassanal Bolkiah
.
Jabatan Pengajian Islam menganjurkan solat sunat hajat dan doa tolak bala khasnya dari pandemik H1N1 pada hari Selasa lalu di Jame 'Asr Hassanal Bolkiah dengan mengumpulkan pegawai-pegawai ugama Daerah Brunei dan Muara.
.
Majlis keagamaan yang dihadiri kira-kira 500 jemaah ini mengalu-alukan kehadiran Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengiran Haji Bahrom Pengiran Haji Bahar dan dialu-alukan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Pengajian Islam, Haji Ismail Haji Abdul Manap selaku pengerusi majlis anjuran Jabatan Pengajian Islam itu yang di hadiri kira-kira 500 jemaah.
.

.
Antara para pegawai SMALHB yang hadir
.
.
.
.
Pemangku Pengarah Jabatan Pengajian Islam, Haji Ismail Haji Abdul Manap (cara melayu bewarna coklat) selaku pengerusi majlis anjuran Jabatan Pengajian Islam pada malam tersebut.
.


Isnin, Julai 20, 2009

Kedewasaan Bernegara Dengan Zikir

Sambutan Memperingati Isra' Mikraj Peringkat Negara 1430H / 2009M
Jame 'Asr Hassanal Bolkiah, Kg. Kiarong
19hb Julai 2009M - Ahad
.
30 orang pelajar SMALHB bersama 2 orang guru pengawas adalah di antara jemaah yang diundang sama-sama memeriahkan Sambutan Isra' Mikraj Peringkat Negara pada tahun ini.
.
. .
.
.
KDYMM dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat ke majlis ini dan dijunjung untuk bersama-sama menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat berjemaah dan bersama-sama membaca Zikir-Zikir Tolak Bala.
.

.
.
KDYMM beserta Kerabat Diraja dan juga para jemputan menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah bagi memohon agar Negara Brunei Darussalam beroleh kemakmuran dan kesejahteraan serta terhindar dari bala bencana terutamanya wabak Influenza A H1N1.
.
Selepas itu bacaan Zikir-Zikir Tolak Bala telah dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin.
.
.
Majlis diteruskan dengan Sembah Alu-Aluan oleh Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Md Zain bin Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1430 Hijrah.
.

.
Seterusnya KDYMM dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyempurnakan penganugerahan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang "Anugerah Sekolah Ugama Tauladan Tahun 1430 HIjrah".
.
.
Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isya' berjemaah yang diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim.
.
" Pandai bisdurang ani memanfaatkan waktu & lokasi lawa.. "
.
.
" Ada apa di awan biru ? "
.
.
.
Senarai pemenang kategori-kategori :-
.
A. Kategori Pentadbiran : Sek. U. PAP Amal Umi Kalthum Al-Islam, Mulaut
.
B. Kategori Akademik : Sek. U. Tumpuan Telisai, Tutong
.
C. Kategori Kegiatan : Sek. U. Penanjong, Tutong
.
D. Kategori Terbaik Keseluruhan : Tiada pemenang.
.

Ahad, Julai 19, 2009

Latihan Penuh Hadrah Sambutan Isra' Mikraj

Latihan Penuh Hadrah Sambutan Isra' Mikraj 1430H
Jame 'Asr Hassanal Bolkiah, Kg. Kiarong
16hb Julai & 18hb Julai 2009M
.
Sambutan yang serba ringkas yang akan diadakan pada 19hb Julai tahun ini tidak menghalang para penuntut untuk membuat persembahan hadrah yang terbaik. Bertempat di Jame 'Asr Hassanal Bolkiah menggantikan tempat asal yang sepatutnya berlangsung di Dewan ICC pada 20hb Julai 2009M masih berjalan dengan lancar selama 2 hari latihan berlangsung.
.
.
Antara yang hadir menyaksikan latihan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Ketua Hakim Syari'e dan beberapa pegawai dari KHEU.
.
.
.
.
.
.
"Ani yang banarnya ditunggu bisdurang..makan dan cerita-cerita..hehe~"
.