Sabtu, Julai 24, 2010

Unit Biologi SMALHB Buat Pemeriksaan Kesihatan

Pemeriksaan Kesihatan Buat Warga SMALHB
Anjuran : Unit Biologi SMALHB
22hb Julai 2010M - Khamis
.
Untuk memastikan kondisi kesihatan warga SMALHB dalam keadaan baik dan terjaga, Unit Biologi SMALHB diketuai oleh Cikgu Saidah binti Haji Ismail dibantu oleh para penuntut jurusan Sains Biologi SMALHB mengadakan projek pemeriksaan kesihatan.
.
.
Aktiviti selama sehari ini antara lain bertujuan membantu para penuntut SMALHB khasnya dan warga SMALHB amnya menyedari bahawa kesihatan jasmani yang seimbang dan ideal juga menyumbang kesan kepada kecerdasan akal. Pemeriksaan am ini termasuklah pemeriksaan berat badan, ketinggian, tekanan darah, degupan jantung dan kandungan gula di dalam badan.
.


.
" Ermm...tinggi awang belum cukup..hehe ~Kidding~ "
.

.
" Stress si dayang ani...pasal kan qualfying ani kah tekanan darah naik ? hehe "
.

.
Bakal-bakal doktor pelapis negara bersama projek-projek mereka
.

Pasukan Perempuan SMALHB di Istana Nurul Iman

Persembahan Bercorak Keagamaan
Sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan KDYMM ke 64 Tahun
Surau Istana Nurul Iman
19hb Julai 2010M - Isnin
.
.
Seramai 42 orang guru dan 26 orang pelajar perempuan telah dijemput menyemarakkan lagi acara keagamaan di Surau Istana Nurul Iman yang diketuai oleh Pengetua SMALHB.
.




.
Pada malam tersebut, pasukan perempuan SMALHB telah mempersembahkan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an (Zainul Qur'an) dan sebuah tausyeh bertajuk Astaghfirullah.
.

.
Woww...bab makan memang 'favourite' bisdia student-student ani..hehe~
.

Khamis, Julai 15, 2010

3 Wakil Syababul Qur'an Di Peringkat Akhir Tilawatil Quran Belia Kebangsaan

Pertandingan Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 2010 (Akhir)
Dewan DiGadong

Bangunan Kementerian Belia dan Sukan

9hb Julai 2010M - Jumaat
.
Md. Hazwan bin Haji Salim dan Ahmad Zulwaqar bin Suhaili berjaya meraih naib johan dan tempat ketiga dengan memperolehi markah 85.75 % dan 84 % dalam Pertandingan Tilawatil Quran Belia Kebangsaan Peringkat Akhir baru-baru ini. Manakala wakil perempuan SMALHB, Dayang Nurul Amierah binti Haji Sarudin mendapat tempat keempat bagi kategori perempuan.
.
Bergambar ramai dengan semua finalis di pertandingan tersebut.
.
.
Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan berkesudian menjadi tetamu kehormat majlis seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan finalis.
.
Johan kategori lelaki, Awg Haji Nasrul Fakhri bin Haji Yahya

.
Penganjuran pertandingan seumpama ini adalah juga dihasratkan akan dapat merealisasikan lagi hasrat titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1996 Masehi pada 1 Jamadilakhir, 1417 bersamaan 13 Oktober, 1996 bagi melahirkan pelapis-pelapis terdiri dari para belia muda dalam bidang tarannum Al-Qur'an.
.
Tahniah diucapkan kepada 3 wakil Syababul Quran dan guru pembimbing di atas usaha hingga melayakkan diri ke peringkat akhir.

Selasa, Julai 13, 2010

SMALHB Serikan Majlis Perhimpunan Isra' Mikraj

Majlis Memperingati Isra' Mikraj Peringkat Negara 1431H/2010M
Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas
10hb Julai 2010M - Sabtu
.
SMALHB melalui Kelab Hadrah 2010M diundang menyerikan Majlis Memperingati Isra' Mikraj Junjungan Rasulullah Muhammad Peringkat Negara pada pagi Sabtu lalu.
.
.
Berangkat di majlis sambutan yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa pada hari itu ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) dan yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam beserta kerabat-kerabat diRaja yang lain.
.
.
Keberangkatan KDYMM dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Brunei, Yang Berhormat Pengiran Dato' Seri Setia Dr. haji Mohammad yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam tahun 1431H.
.

.
KDYMM bertitah bahawa Ibadat Sembahyang merupakan anugerah istimewa yang berlaku dalam peristiwa Isra' Mikraj Rasullullah mampu memelihara individu dari perkara-perkara munkar.
.
.
Majlis diserikan dengan persembahan nasyid berjudul "Isra' Mikraj Mukjizat Agung" ciptaan Darul Ehsan dan lirik oleh Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei dendangan Kumpulan An-Nida
.
.
U. Awg Md Zulhafiz bin Awg Tengah, salah seorang ahli Kumpulan An-Nida merupakan tenaga pengajar SMALHB.
.
.
Penganugerahan Anugerah Imam Cemerlang 1431H julung-julung kalinya dimenangi oleh Yang DiMuliakan Pehin Khatib Awang Haji Mustafa bin Haji Murad
.
.
Bilal Awang Haji Hamdini bin Haji Gharif menerima Anugerah Bilal Cemerlang 1431H dari KDYMM
.