Rabu, Mac 31, 2010

Gaya Hidup Sihat

Ceramah Gaya Hidup Sihat & Senam Robik
Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Sekolah-Sekolah
Kementerian Pendidikan
30hb Mac 2010M - Selasa
SMALHB
.
Satu ceramah dan kongsisama maklumat kesihatan telah berlangsung di dewan SMALHB yang telah disampaikan oleh Cikgu Hjh Jamilah binti Hj Ali, Pegawai Pelajaran Kanan, Unit Mempromosi Kesihatan, Jabatan Sekolah-sekolah, Kem. Pendidikan.
.
.
Antara objektif ceramah tersebut ialah :
.
1. Memberikan maklumat yang berguna tentang kesihatan kepada warga SMALHB.
.
2. Berkongsi sama cara-cara penjagaan kesihatan dalam kehidupan seharian.
.
3. Pentingnya promosi kesihatan dalam pendidikan di sekolah.
.
.
Beberapa soalan dikemukakan oleh penuntut-penuntut
.
.
Antara yang ditekankan oleh penceramah ialah :
.
1.Kesihatan yang terjaga menjamin keseimbangan dalam prestasi dan kejayaan masa depan
.
2.Kesihatan yang baik memberi kesan positif kepada orang perseorangan, keluarga, masyarakat dan negara.
.
3. Pendidikan dan Kesihatan tidak boleh dipisahkan
.
4. Promosi Kesihatan adalah seperti membuat pelaburan yang akan memberi keuntungan yang tinggi.
.

.
Acara diteruskan lagi dengan senam robik kesihatan diketuai oleh Ketua Unit Sukan 2009/2010M Mohd Yunos bin Mohammad.
.


Ahad, Mac 28, 2010

Kelab Kembara/Fotografi dan KNK

Kembara ke Kampong Ayer
Kelab Kembara dan Fotografi
26 Mac 2010M - Jumaat
.
Kelab Kembara dan Fotografi SMALHB meneruskan projek mereka di musim cuti persekolahan lalu dengan menyusur Kampong Ayer di ibu negara. Kampong Ayer mempunyai lebih 29,140 meter panjang jambatan menghubungkan satu kampung dengan kampung yang lain juga dikenali di seluruh dunia sebagai "Venice of Asia" kerana lokasinya yang strategik meliputi kawasan Sungai Brunei.
.
.
Antara salah satu daya tarikan pelancong ialah Jong Batu yang dikatakan bekas sumpahan kapal anak derhaka, Nakhoda Manis.
.
.
Pusat Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampong Ayer mempamerkan sejarah-sejarah peradaban dan keunikan Kampong Ayer terletak di tengah-tengah bandar.
.




.
Pulau Lumut Lunting berhampiran dengan Kampong Bolkiah B simpan sejarahnya tersendiri.
.
.
Kelab Kembara dan Fotografi meneruskan jelajah KNK mereka ke kawasan Kampong Pelambayan ke tempat peternakan ikan Selongsong dan ikan Putih.
.


Khamis, Mac 25, 2010

Kelab Kembara/Fotografi & FUGEN ke Merimbun

Riadhah Ke Tasek Merimbun
Kelab Kembara/Fotografi & FUGEN
20hb Mac 2010 - Sabtu
.
Foto oleh : Ahli-ahli Kelab Kembara/Fotografi
.
Sebagai salah satu aktiviti mengisi program di waktu cuti persekolahan penggal pertama, Kelab Kembara/Fotografi & FUGEN yang bernaung di bawah Ko-Kurikulum telah mengungkayahkan program Kenali Negara Kita (KNK) ke Taman Warisan Negara Tasek Merimbun di kawasan pendalaman di daerah Tutong. Seramai 60 orang ahli termasuk beberapa orang guru ikut serta dalam ekspidisi KNK ini.
.
.
Tasek Merimbun diisytiharkan sebagai taman warisan negara pada tahun 1984. Kawasan seluas 8000 hektar ini kaya dengan flora dan fauna dengan tasek yang indah aliran dari 2 batang sungai iaitu Sungai Meluncur dan Sungai Bang Oncom.
.


.
Potong kayu nya betul-betul ya~
.

.
Bagi pencinta flora dan fauna yang ingin menaiki bot menyusur tasek Merimbun dikenakan bayaran sebanyak 3 Ringgit setiap seorang. Antara menjadi tarikan pengunjung di kawasan taman ini ialah Lagenda Labi-Labi yang akhirnya bertukar menjadi sebuah pulau dikenali sebagai Pulau Labi-Labi yang terletak di tengah tasek ini.
.
.
Antara aktiviti berpasukan pada hari tersebut ialah "Balang Ajaib" dan "Pingpong" di mana permainan pertama dimenangi oleh kumpulan lelaki.
.
.
macamana si Amin kan menggayakan "Sang Mantan" ani ah ?
.

.
Eseyman~
.


Ahad, Mac 21, 2010

Majlis Mengenang Jasa

Majlis Mengenang Jasa
18hb Mac 2010M - Khamis
Dewan Makan SMALHB
.
Seramai 2 orang warga SMALHB telah diraikan dalam satu majlis mengenang jasa dan perpisahan pada hari terakhir penggal persekolahan yang pertama yang lalu di mana kedua-duanya ( U. Noraini binti Abd Hamid dan Haji Osman bin Haji Nayan ) telah berpindah tempat bertugas.
.


.
Pengetua SMALHB di dalam ucapannya yang ringkas dan mencuit hati mengenang kembali jasa-jasa kedua-dua yang diraikan terhadap perkembangan SMALHB
.



.
Ucapan ringkas bermakna dari wakil yang diraikan
.


.
Pada bulan ini juga, seramai 11 orang pegawai dan seorang kakitangan pejabat SMALHB yang menyambut tarikh lahir jatuh pada bulan Mac diraikan dengan acara memotong kek hari jadi yang ditempah khas.
.





.
Selamat hari jadi kepada warga March-ians
.